Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Align Center

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Moga tahun 2010 yang bakal menjelma akan memberi sesuatu yang lebih baik daripada Tahun 2009. Jadilaklah Tahun 2010 ini sebagai wadah untuk kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Saban tahun, Masa akan berubah dan kita juga kenala berubah.
berubahlah ke arah kebaikan dan jangan ulangi kesilapan lalu.maybe malam ini ramai orang yang akan sanggup berjaga hingga detik 12 malam untuk bersama-sama menyambut tahun 2010. tapi jangan lupa disebalik detik 12 malam tu ada satu tanda-tanda kebesaran Allah iaitu Gerhana Bulan. Oleh itu jangan sampai lupa diri, sambut tahun baru tu biarlah dengan keadaan kita Syukur kepada Allah bukannya dalam keadaan kita Maksiat kepadaNya.

Buat semua sahabatku marilah kita bermuhasabah diri moga-moga amalan kita sepanjang 2009 mendapat keredhaanNya. kerana hanya Keredhaan Allah yang kita cari. sekian.

Monday, December 28, 2009

Hubbu al-Dunya

Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh.

Rakan-rakan yang dirahmati Allah swt;

Orang yang diberikan nikmat dunia sering terlalai dan terleka sehingga hati mereka terikat kepada kenikmatan dunia dan cintakan dunia. Cinta dunia atau hubbu al-Dunya bermaksud perasaan hati yang sentiasa terikat dengan dunia sehingga urusan berkaitan dengan memalingkan meraka dari Allah swt dan kewajipan terhadapnya.

Rasulullah s.a.w menerangkan bertapa sikap cinta dunia ini amat merbahaya dalam hadisnya;

قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : «يوشكُ الأُمَمُ أنْ تَدَاعَى عليكم كما تَدَاعَى الأَكَلةُ إلى قَصْعَتِها، فقال قائل : من قِلَّة نحن يومئذ ؟ قال : بل أنتم يومئذ كثير، ولكنَّكم غُثاء كَغُثَاءِ السَّيْلِ، ولَيَنْزِعَنَّ الله مِنْ صدور عدوِّكم المهابةَ منكم، وليقذفنَّ في قُلُوبكم الوَهْنَ، قيل : وما الوْهنُ يا رسول الله ؟ قال : حُبُّ الدُّنيا، وكراهيَةُ الموتِ» أخرجه أبو داود


Maksudnya; Akan datang masa di mana kamu diperebutkan oleh bangsa-bangsa lain sebagaimana orang-orang berebut melahap makanan dari bekasnya." Para sahabat bertanya, "Apakah kerana ketika itu kami sedikit Wahai Rasulallah?" Rasulullah bersabda, "Tidak, bahkan ketika itu sangat ramai tetapi seperti buih di lautan kerana kamu tertimpa penyakit 'wahn'." Sahabat bertanya, "Apakah penyakit "wahn" itu ya Rasulallah?" Beliau menjawab, "Penyakit "wahn" itu adalah terlalu cinta dunia dan takut mati."

Orang Islam yang cintakan dunia menjadikan mereka manusia yang hina, lemah dan tidak mempunyai kekuatan sehingga Allah swt mencabut rasa gerun dan takut musuh kepada orang-orang Islam.

Apa yang dimaksud dengan dunia? Firman Allah swt;

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya; Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya kehidupan dunia Ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning Kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. dan kehidupan dunia Ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Q.S. Al-Hadiid [57]:20)

Cintakan dunia menjadi punca kepada semua masalah dalam masyarakat. Sabda Rasulullah saw;

حب الدنيا رأس كل خطيئة

Maksudnya; Cintakan dunia punca sega;a kesalahan dan kejahatan.

Semua yang ada di langit dan di bumi pinjaman Allah semata. Kita tidak mempunyai apa-apa. Hidup di dunia hanya mampir sebentar saja. Terlahir sebagai bayi, membesar sebentar, semakin tua, dan akhirnya mati. Kemudian terlahir manusia berikutnya, begitu seterusnya.

Bagi orang-orang yang telah sampai pada keyakinan bahwa semuanya pinjaman Allah, ia tidak akan pernah sombong, meninggi diri ataupun dengki. Sebaliknya, ia akan selalu bersedia pinjaman diambil oleh Pemiliknya, kerana segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini tidak ada ertinya. Harta, gelaran, pangkat, jabatan, dan populariti tidak akan ada ertinya jika tidak digunakan di jalan Allah.

Justeru jangan lah sampai hati kita cintakan dunia dan terikat dengannya kerana dunia tiada nilai disisi Allah kecuali jika dikaitkan dengan iman dan taqwa;

Sabda Rasulullah saw;

وَلَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَزِنُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا أَعْطَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةً مِنْ مَاءٍ.

Maksudnya; Sekitanya dunia ini bernilai disisi Allah dengan seberat sayap lalat, nescaya Allah tidak memberikan orang kafir walau seteguk air.

قال رسول الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : من أحب دنياه أضر بآخرته ومن أحب آخرته أضر بدنياه فآثروا ما يبقى على ما يفنى

Maksudnya; Sesiapa yang mencintai dunia, ia akan memudharakkan akhiratnya, dan sesiapa yang mencintai akhiratnya maka ia akan memudharatkan dunianya, maka utamakan akhirat yang kekal daripada dunia yang binasa.

Sabda Rasulullah saw;

الدنيا ملعونة ملعون ما فيها إلا ما كان فيها لله عز وجل

Maksudnya; Dunia itu dilaknat dan dilaknat juga barang yang ada didalamnya kecuali perkara-perkara yang dibuat kerana Allah swt.

Marilah berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari ujian nikmat dunia dan kita tidak menjadi hamba dunia sebaliknya menjadi hamba Allah yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah swt;

اللهم لا تجعل الدنيا أكبر همنا ولا مبلغ علمن

Selamat pengantin baru...

Pada hari ini (26/12/2009) suasana pagi sungguh sejuk, kabus tebal dan tiada tanda-tanda sang suria akan muncul. Dari tingkap bilik saya melihat masih ada rintis-rintis sisa hujan yang masih berbaki menitik malas dari atap rumah. Sungguh dingin dan terasa hendak tidur semula...

Selapas Solat Subuh dan setelah menyelesaikan rutin ibadah, saya terus turun ke tingkat bawa sambil membawa majalah yang baru saya temui iaitu majalah Solusi. Saya sangat suka majalah ini banyak pengisian Rohani yang boleh dimanfaatkan semaksima mungkin. Pernah satu hari seorang rakan sekerja saya bertanyakan apa yang saya baca terlalu kusyuk semasa di pejabat. Saya jawab bersahaja...” majalah Solusi bah ini cikgu....

Cikgu Emy seakan inginkan kepastian. Majalah Solusi? Yup....saya menjawab selamba...apa yang menarik majalah tu sampai kusyuk membaca? Ehm....majalah islamik dan banyak info berguna dan ada unsur mendidik jiwa....berapa harganya? Kata cikgu Emy kembali...dalam RM9 kalau di semenanjung dan RM12 kalau di kk, tapi diranau RM16 cikgu... dengan lontaran suara yang agak jelas saya beritahu cikgu Emy...isk isk mahal tu, kalau saya beli makanan lebih bagus, kenyang lagi...cikgu Emy bersuara kembali..saya hanya mampu melirikkan senyuman sahaja....

Saya hanya berdiam diri, dalam hati hanya tuhan yang tahu...setiap orang ada benda yang kita beli tapi tak berkira sangat sebab ianya banyak manfaat untuk saya juga orang di sekeliling saya. Kalau Majalah Hiburan...memang tak pernah beli sebab tiada kepentingan...biarlah orang lain cakap saya membazir tetapi bagi saya untuk mendapatkan ilmu tidak salah jika kita berbelanja untuk mendapatkan mutiara ilmu yang ada di dalam majalah Solusi berbanding majalah Hiburan semata-mata.

Alamak....jauh pula mengomel sendirian.....

Tit..tit... tiba-tiba handset saya berirama...

1 massage received

Salam...
Pukul berapa c Daya punya majlis tu?
Nanti kita pi sekali a....
-Rul

Saya membalas SMS
Wslm
insyaAllah dalam pukul 2 petang ini...
ok..nanti kita pi sama-sama

Pada pukul 11.30 pagi saya bertolak dari rumah ke pekan Ranau, perjalanan mengambil kira-kira 45 minit untuk ke sana dari kampung halaman. Apabila sampai di rumah sewa kelihatan kereta baru Rul sedang berparking di hadapan rumah. Myvi Kelabu Asap...cantik sekali SubahanAllah....kebetulan 15 minit berada di rumah azan Zohor berkumandang menandakan masuk waktu solat Johor. Selapas solat zohor saya bertanya samaada rul dah beli hadiah ke belum? ” Rul..ko sudah beli hadiah untuk c daya ka? Belum balas rul....saya pun belum ini sambung saya selamba...kita pi beli la lepas ini cadang saya...rul angguk tanda setuju.

Pukul 1.15 saya dan Rul telah ke pekan Ranau untuk membeli hadiah.....semasa memilih hadiah yang sesuai tiba-tiba handset ini bergetar ....trutttt....trutttt saja saya silentkan sebelum jalan tadi....

1 massage received

Salam..
Nai, aku ikut sekali ya...
Aku dan widad...
Kami tunggu di sekolah...
- farisia

Saya jawab ringkas saja...ok....

Setelah membeli hadiah rul memandu kereta menuju ke sekolah untuk mengambil cikgu farisia dan Widad. ’’Nai, ko tau ada bawa kad c daya ka? ” Tiba-tiba cikgu farisia bersuara. ” tiada la pula, saya lupa la..” “ rul ko ada bawa” saya bertanya kepada Rul.. “ ala saya pun tiada tebawa ini” jawab rul sambil tekun memandu. Farisia bersuara kembali....” nasib baik c widad bawa”. Saya meminta kad dari widad untuk melihat lokasi kampung Minihas Lohan. Pada mulanya saya begitu yakin kampung itu jauh lagi...tetapi apabila jalan dah agar jauh namun tidak juga terlihat kelibat orang ramai menghadiri majlis perkahwinan, maka saya mohon untuk melihat semula peta tersebut.

Astagfirullah....kita sudah jauh la nie....kena pusing balik ini saya bersuara...kita kena ikut jalan Masjid al-khausar la....rul tanpa banyak bertanya terus saja membuat pusingan kembali untuk ke jalan Masjid yang saya maksudkan. Alhamdulillah setelah meredah jalan yang berliku dan agak berlumpur sampai juga kami di rumah pengantin. Meriah dan wajah pengantin nampak berseri- seri. Alhamdulillah nampaknya cikgu Daya dah berubah status dari Cik ke Puan.

Biarlah syaitan menangis tersedu......

Semasa kami menjamu selera hujan turun agak lebat namum majlis tetap juga ceria...tetamu pula makin bertambah
Syukur.....20 minit berlalu hujan beransur reda seketika...kami mengambil kesempatan bersalaman dengan pengantin dan mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT DAN MENDAPAT KEBERKATAN HIDUP. Setelah semua dah bersalaman maka kami meminta izin untuk balik memandangkan kami tidak membawa payung pun...jadi masa hujan reda inilah kami ambil kesempatan untuk balik....Cikgu Nurhidaya dan Cikgu Abdul Wahab akhirnya bersatu di bawa mawaddah warahmah keberkatan Ilahi. Alhamdulillah.

Lambaian mesra raja sehari mengiringi rentak kaki kami ke kereta....alhamdulillah terlaksana sudah satu tanggungjawab hak muslim dengan muslim yang lain iaitu memenuhi undangan sahabatnya...

Semasa perjalanan balik teringat pula rakan sekelas dulu semasa belajar di SEMEKAR ISLAMIC SCHOOL. ( bila lagi nak memuji sekolah sendiri) iaitu Johari matlan @ Joe. Cikgu farisia meminta tolong agar dia dan widad dihantar ke station Unser kerana mahu balik KK petang tu juga...selepas menghantar mereka Rul terus sahaja meneruskan perjalanan ke rumah Joe.

Joe adalah rakan seperjuangan saya semasa menuntut di SEMEKAR, satu blok asrama semasa ting 1 dan semasa form 3 saya dan joe duduk bersebelahan dalam kelas. Joe selalu bercerita tentang kampung neneknya di Sandakan sambil membuat lakaran lagi. Saya sungguh gembira sebab ada kawan seceria joe. Selapas PMR kami memilih aliran masing-masing tapi cuma sebelah kelas saja pun....tapi pada masa tu saya dah tak selalu bercerita dengan dia sebab blok asrama sudah berjauhan tambahan pula saya jarang keluar kelas. Nak study for SPM...alhamdulillah dapat juga result yang baik membolehkan saya melayakkan diri ke IPT. Never mind...semuanya telah berlalu...kini masing-masing dengan kejayaan sendiri...Alhamdulillah....

Tanpa disedari kami telah pun dekat dengan rumah Joe. Kalau tiada peta pun boleh sampai sebab kami memang dah biasa ke rumah Joe semasa zaman persekolahan dulu.
Setiba di sana saya bertemu dengan rakan sebatch masa di SEMEKAR dulu, senior dan junior pun ada. Antara Ruze dan wife, fsal + wife dan baby, jumardi, Abg Indra, Adzry + wife (kak gatie) + 2 cahaya mata, linie, Wak + wife dan 2 heronya dan ramai lagi….terasa macam mini Reunion pula….lama tidak berjumpa jadi saya mengambil kesempatan untuk bertanya khabar kepada rakan-rakan seperjuangan.

Alhamdulillah semua menjadi orang....teringat pula pesan cikgu hafiz masa form 3. saya dan joe tidak dapat menahan lucu bila cikgu hafiz katakan kamu semua ini kelas 3 Abu Bakar jangan jadi macam abang kamu tahun lepas...jangan nak jadi Tahi di sekolah ini. Namun kami hanya tersenyum memandangkan cikgu Hafiz sedang memberi nasihat. Kata-kata itulah yang menyebabkan subjek cikgu hafiz tidak pernah Merah di kelas 3AB.

Majlis Joe sungguh meriah, ramai kenalan dan sahabat handai juga keluarga datang bertandang untuk meraikan pasangan Raja Sehari itu. Saya tidak boleh lama memandangkan hanya menumpang kereta orang. Sebelum berpisah kami bersalaman. Syukurku panjatkan kepadaMu ya Rabb kerana memberi kesempatan untuk diri ini menziarahi sahabat-sahabat saya.

Alhamdulillah, tahun ini saya telah menyaksikan 5 majlis perkahwinan iaitu perkahwinan Ust Rukimin diikuti oleh Ust Ahadin, Ust Madrissaffiee, Cikgu Nurhidaya dan akhir sekali En. Johari. Saya doakan semoga kalian akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin Ya rabb..

Terima Kasih " TAUTAN HATI"


Alhamdulillah....syukurku panjatkan kehadrat Ilahi kerana di akhir tahun 2009 ini ana diberi kesempatan untuk membaca sebuah buku Novel hasil Nukilan Ukhi Fatimah Syrah Mohd. No0rdin. iaitu "Tautan Hati".

Buku ini telah sekian lama ana ingkinkan...alhamdulillah masa masuk bilik adik kebetulan ana mencari sesuatu tanpa disangka-sangka ternampaklah pula buku ini. Alhamdulillah...
bagi ana buku ini dapat membangkitkan semula semangat ana untuk terus istqomah dalam kehidupan ini. Banyak pengajaran yang ana dapat...bermula dengan suasana sekolah menengah yang begitu Islamik ( sek men Taman Islam), cara kehidupan ikhwah dan akhowat, suasana kampus yang islamik dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sefikrah dan seakidah, bait Muslim dan pengorbanan yang begitu tinggi....

Ana begitu tertarik gaya penyampaian yang digunakan oleh penulis penuh dengan pujian kepada Khalik...pencipta Alam ini. Novel yang banyak menekankan cara hidup Islam sebenar....teringat pula masa zaman di IPT dulu...rindu pula suasana Islamik bersama-sama sahabat-sahabat yang cukup memahami....tatkala semua warga perkampung Ilmu lena dibuai mimpi masih ada insan yang bangun disepertiga malam untuk menghadap kepada Sang Pencipta...rindunya saat itu....

Ana sedar ana perlu bangkit semula, Ruh perjuangan mesti terus subur dalam diri walaupun berjauhan dengan sahabat-sahabat sefikrah. Bangunlah wahai Ibnu Jarir abdul Karim!!!! perbetulkan la niat dihati...semoga masih ada sinar dan haraan buatmu....Ya enta kena bangkit semula....selama sekian lama enta berehat....enta kena teruskan juga perjalanan ini. teringat pula bait kata akhi Azhar...." sebagai orang yang menyeru kepada Tuhannya banyak cabaran yang perlu kita pikul...lantaran itu kita mestilah sentiasa menambah Ilmu kita walau di mana juga kita berada...sekarang ini banyak sumber yang kita boleh dapat...kemudahan ICT boleh merapatkan kita walaupun kita berjauhan.....tiada alasan untuk tidak memambah Ilmu....

Syukran buat sahabat-sahabat ana....
buat akhi Hadi syukran kerana pertemuan kita di Foyer PKP membuahkan natijah yang khair...Syukran ya Allah kerana memberikan ana peluang untuk mengenali ikhwah Izzuddin Shah itu. semoga Allah sentiasa merahmati enta.....begitu juga insan-insan yang lain....terlalu banyak jasa kalian kepada ana....InsyaAllah kita pasti akan bertemu kembali kerana Allah...

terima kasih tautan hati.....Allah telah menghantar buku itu untuk menegur kesilapan ana...
kini tahun 2009 menghitung hari untuk pergi buat selama-lamanya dan tunas baru akan terbit jua....tahun 2010 perlukan kekuatan iman dan menuntut seribu satu pengorbanan....Selamat Tinggal 2009 selamat datang 2010...


Monday, December 21, 2009

Selamat Pengantin Baru buat Pak su

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PAK SU
MOGA MENDAPAT KEBERKATAN
BAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT

Majlis Perkahwinan ini berlangsung di Kampung Tempasuk Kota Belud pada 20.12.2009.
Ramai tetamu yang turut datang untuk memeriahkan lagi majlis ini....
( nanti la ada masa nanti saya ceritakan perjalanannya.....)

Sunday, December 20, 2009

AMALAN HATI KE ARAH HATI YANG BERSIH

Imam Ibnu Al Qayyim mengklasifikasikan ibadah dalam 3 (tiga) bahagian, yaitu :
1. Amalan Hati, seperti : Tawakkal kepada Allah SWT., mahabatullah, tawadhu`, khusyû`, niat ikhlash, raja` dan lain sebagainya.

2.Amalan Lisan, seperti : Mengucapkan dua kalimat syahadatain, tasbîh, istighfar, bersumpah atas nama Allah SWT. , berdo`a dan lain sebagainya.

3. Amalan Anggota Badan, seperti : Shalat, puasa, jihad, menuntut ilmu, berdagang, berladang, dan lain sebagainya.

Amalan yang paling afdhal di antara 3 (tiga) jenis amalan tersebut adalah amalan hati yang dilakukan oleh hati manusia beriman. Ada beberapa alasan asasi (dasar) yang menjadi dasar dari keutamaan ini:

1. Amalan hati merupakan penentu sah atau tidaknya suatu amalan

Sesungguhnya amalan lahiriyah yang dilakukan oleh lisan dan anggota tubuh lainnya tidak akan diterima oleh Allah SWT., selama tidak disertai dengan amalan hati (niat) yang merupakan dasar bagi diterimanya suatu amal lahiriah. Sabda Rasûlullah SAW:

"Sesungguhnya seluruh amalan harus disertai dengan niat." (Muttafaqun `Alaihi dari Umar bin al-Khaththab ra.)

Karena itu suatu amal atau pekerjaan atau aktiviti(apapun bentuknya) sangat bergantung dan terkait dengan niatnya. Suatu amal tanpa disertai dengan suatu niat yang benar, seperti halnya badan tanpa ruh atau seperti pohon tanpa buah, tidak berfungsi, dan tidak menguntungkan sedikitpun.

Hatilah yang dinilai oleh Allah SWT, karena bila bersih niatnya, maka Allah SWT. akan menerima amalannya dan apabila kotor hatinya (niatnya tidak benar atau berbau syirik atau tidak ikhlash), maka dengan sendirinya amal tersebut akan ditolak, sabda Rasûlullah SAW:

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya" (H.R. Muslim dari Abû Hurairah ra ).

2. Hati merupakan cerminan hakikat pemiliknya

Dalam shahîh Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa Nabî SAW bersabda:

"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati." (Muttafaqun `Alaihi, dari Nu`man bin Basyîr).

Untuk lebih memperjelas pemahaman hadîts di atas marilah kita mengingat kembali firman Allah SWT yang termuat dalam surat Asy-Syams, ayat 8 - 10 :

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Dalam hati manusia terdapat dua jenis "bibit penentu", yang satu kita sebut saja sebagai "bibit kebaikan" yang merangsang dan mendorong manusia untuk melakukan amal kebaikan atau perbuatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT., sedang yang lainnya kita sebut dengan "bibit kejahatan" yang merangsang manusia untuk melakukan melakukan perbuatan fahsya (keji) atau kemungkaran kepada Allah SWT.

Al-Fujûr merupakan "benih kejahatan" yang dengan istilah lainnya dikenal sebagai nafsu syahwat syaithaniyah yang senantiasa membisiki dan menghembusi manusia untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan tercela lagi berdosa yang akan mengantarkannya ke jalan kefasikan dan berhilir di neraka. Sedang at-Taqwa merupakan "benih kebaikan" yang senantiasa memotifasi dan memobilisasi manusia untuk melakukan amal kebajikan dan pekerjaan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Dari sini kita dapat mengetahui bahwa pada hati manusia terdapat 2 (dua) kekuatan yaitu kekuatan "Fujur" dan "Taqwa" (sebagaimana yang dipaparkan dalam surat Asy-Syams di atas) yang selalu bertempur untuk saling mengalahkan satu dengan yang lainnya sehingga salah satu dari keduanya menjadi pemenang atau lebih mempunyai pengaruh dalam menentukan perilaku kehidupan "tuannya".

Apabila setiap rangsangan "benih kebaikan (At-Taqwa)" ini yang timbul dalam diri manusia selalu direspon dalam bentuk amal shalih secara benar dan kontinue (berkesinambungan) maka dengan sendirinya "benih kebaikan" akan semakin berkembang dan akan mendominasi atau mengusai hati "tuannya".

Sehingga idea, pola fikir, keperibadian dan seluruh anggota tubuhnya akan menjadi baik karena mengikuti arahan2 yang datang dari hati yang dipenuhi dengan "benih kebaikan". Maka jadilah "tuannya" ini termasuk orang-orang beruntung yang mampu membersihkan jiwanya dari nafsu syahwat syaithaniyah karena ia hanya mau merespon bisikan dan panggilan kebaikan (taqwa) saja. Sebagaimana firman Allah SWT:

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)

Dan sebaliknya bagi manusia yang lebih sering merespon tuntutan nafsu syahwat syaithaniyahnya maka tindakan tercela lagi berdosa itu dengan otomatik memberikan ruang dan mempercepat pertumbuhan serta peluasan "benih-benih kejahatan (fujûr)" sehingga benih ini akan mendominasi hatinya. Dari Abû Hurairah ra bahwa Rasûlullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya orang mukmin, ketika ia berbuat dosa maka (saat itu juga) akan menempel titik hitam di hatinya, jika ia bertaubat dan mencabut (dirinya dari perbuatan dosa tersebut) dan memohon ampunan maka hatinya (kembali) bersih, jika ia menambahinya (dengan perbuatan dosa lagi) maka titik hitam itu bertambah pula di dalam hatinya.

Selanjutnya itulah "ran" yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

"(Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka)."

Hadits hasan, dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam "Kitab Az-Zuhd, bab Dzikru Adz-Dzunûb.

Pada saat hati manusia dikuasai oleh "benih-benih kejahatan (fujûr)" maka ide, pola fikir, keperibadian dan seluruh anggota tubuhnya akan menjadi buruk karena mengikuti instruksi-instruksi yang datang dari hati yang dipenuhi dengan "benih kejahatan", sehingga jadilah ia termasuk orang-orang yang merugi karena ia telah mengotori dan mencemari jiwanya dengan selalu menuruti nafsu syahwat syaithani,

sebagaimana firman Allah SWT

"Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Dalam kitab Minhajul Qashidîn dikatakan:

Bahwa sesuatu yang paling berharga, paling bernilai dan paling mulia pada diri manusia adalah hatinya. Sedang anggota tubuh hanya sekedar mengikuti dan menjadi pelayan hati, sebagaimana seorang tuan yang memerintahkan hamba sahayanya sebagai pelayannya.

Friday, December 18, 2009

BERHIJRAHLAH KITA

Ketibaan bulan Muharram 1431 Hijriyyah ini menandakan usia kita juga semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal kita juga semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin dekat. Sungguh pantas masa berlalu.

Tahun baru 1431 Hijriyyah kali ini jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 18 Disember 2009. Dalam menyambut ketibaan Awal Muharram atau dikenali juga dengan Ma’al Hijrah terdapat beberapa jenis golongan :

Golongan yang pertama : Golongan yang menyambutnya sekadar lahiriah. Mereka menyedari ketibaan Tahun baru hijriyyah kerana mereka mendapat cuti umum pada hari tersebut. Kehadiran bulan penuh keberkatan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dalam diri mereka. Mereka terus dengan tabiat dan perangai kebiasaan. Tidak terlintas di hati mereka untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan.

Golongan yang kedua : Mereka menyambut kedatangan bulan Muharram ini dengan azam dan niat untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan. Mereka berubah untuk beberapa ketika kemudian kembali kepada perangai lama.

Golongan yang ketiga : Mereka menyambut kehadiran tahun baru hijrah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Mereka memasang azam yang teguh dan niat yang benar-benar mantap untuk melakukan perubahan dalam diri mereka. Golongan ini berupaya berubah menjadi hamba Allah yang bertakwa, soleh, menghindari perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan mereka terus istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Kita muhasabah diri kita masing-masing. Kita termasuk golongan yang mana di antara tiga golongan yang di atas setiap kali menerima kedatangan Ma’al Hijrah.

Kesilapan yang lepas biarkan ia berlalu. Awal Muharram yang terbaru ini jangan dipersia-siakan seperti sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan mesti dilakukan walau pun kita tidak pasti untuk berapa lama. Begitulah hakikat iman manusia yang kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurangan.

Sesiapa yang memasang azam untuk berhijrah dia telah mendpat pahala sebagaimana sabda Rasulullah saw :

“ Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya maka dituliskan untuknya satu hasanah ( kebaikan ). Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian dia melakukannya maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda.” ( Riwayat Imam Muslim)

Alangkah ruginya kita sekiranya tidak memanfaatkan kelebihan yang Allah SWT sediakan untuk kita. Hanya berniat untuk berubah pun telah diberi pahala. Bila dilaksanakan, digandakan pula sepuluh kali ganda atau seberapa banyak ganjaran yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jangan abaikan kasih sayang dan rahmat Allah SWT ini.

APAKAH PERUBAHAN YANG PERLU DILAKUKAN ?

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari )

Hadis ini merupakan garis panduan untuk melakukan hijrah. Apa-apa perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan merupakan satu hijrah dan telah menepati sabda Rasulullah saw di atas. Perubahan merangkumi dua perkara iaitu melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah. Melaksanakan suruhan Allah sebenarnya lebih mudah berbanding meninggalkan tegahan Allah SWT.

Perubahan yang paling utama ialah melakukan taubat terhadap dosa-dosa yang lampau. Setiap individu muslim wajib bertaubat. Tiada siapa yang terlepas daripada dosa melainkan para Rasul.

Taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan menghapuskan dosa. Allah SWT telah menjanjikan akan mengampuni dosa sesiapa yang bertaubat.

Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Ini adalah janji Allah SWT dan Maha Suci Allah daripada memungkiri janjiNya. Jangan berputus asa dengan keampunan Allah walau anda bayangkan dosa anda terlalu banyak. Semua itu terlalu mudah bagi Allah yang bersifat dengan al-Tawwab (Maha Penerima Taubat) dan al-Ghaffar ( Maha Pengampun).

Diikuti dengan menyempurnakan kewajipan yang telah difardukan seperti solat fardu, puasa bulan Ramadan, zakat dan sebagainya. Mengabaikan perkara fardu adalah satu dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja menyebabkan seseorang itu akan menghuni neraka Saqar. Firman Allah SWT :

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?. mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat. ( Surah al-Muddatsir : 42 dan 43 )
Jagalah anggota-anggota daripada melakukan dosa. Nikmat percakapan, pendengaran, penglihatan dan anggota-anggota lain jangan disalahgunakan untuk perkara yang diharamkan oleh syarak. Semua anggota kita akan menjadi saksi di akhirat nanti. Firman Allah SWT :

Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan ( Surah al-Nur : 24 )

Tingkatkan amal soleh seumpama ingin menjaga solat fardu berjamaah, tilawah al-Quran setiap hari, bersedekah, memperbanyakkan solat sunat, melazimi qiyam al-lail dan banyak lagi amalan-amalan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Tingkatkan juga ilmu agama agar sentiasa cenderung untuk meningkatkan keimanan dan amal soleh. Ibadat yang dilakukan juga hendaklah menepati ibadat Rasulullah saw supaya ibadat tidak menjadi sia-sia sebagaimana sabda Rasulullah saw :

” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima).( riwayat Imam al-Bukhari )