Sunday, February 28, 2010

Satu Hari Di Hari Minggu

Hari ini cuaca agak panas.....awal pagi lagi banyak benda yang kena buat bersihkan rumah, kemaskan bilik dan kena siram bunga. sbb ari ini kena balik ke pekan Ranau, esok mau kerja sudah...kecian baba tinggal seorang lagi di kampung....kami pun 2 minggu sekali baru dapat balik kampung..cuti sekolah bulan 3 dekat sudah so nanti seminggu la tinggal di kampung.

Masa cuti sekolah ini sudah ada plan..hehehe mau rest berabis di kampung. harap2 cuti sekolah nanti tiada pi mana2. tapi 14 03 2010 tu ada hal skit.....mau ndak mau kena jalan juga la time tu...harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan..Amin Ya Rabb.

Baru2 ini sukan MSSD Ranau, tapi sekolah tidak dapat apa2 pingat..tapi ndak apa yang penting penyertaan. mcm mana nak bersaing kalau setahun kami hanya dapat 30 pelajar baru dan daripada 30 tu mau cari atlet mana cukup berbanding sekolah yang setiap tahun menerima pelajar 200 - 300 orang pelajar. tapi ndak mengapa la...yang penting ada penyertaan.

Sukan Daerah sudah berlalu, minggu seterusnya pula Karnival Bahasa. InsyaAllah masa karnival Bahasa ini boleh la bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain...yang pastinya tahun ini public speaking kami akan hantar seorang pelajar yang boleh memberi singan kepada sekolah lain. Pantun try hantar la tahun ini, Bahas teruskan Usaha, Pidato ada 2 orang wakil untuk bersaing, Coral speaking pun try juga tahun ini...

Moga tahun ini adalah sedikit perubahan buat sekolah sy........amin

Saturday, February 13, 2010

without tajuk....

cuti tahun baru cina baru aja bermula.....
sy pula ambik kesempatan ke kk...sajer jalan2 sambil membeli barang yang telah lama saya idam2kan.....
time cuti ni wlpn cuti tapi kena datang sek juga ada gtg bersama ibubapa pelajar....mesti ada juga yang ndak datang tu..... kita tengok besok.....biasalah sebab cuti.......
apa2 pun yang penting saya dah beli apa yang saya mau....
ok buat kwn2 kaum cina sy ucapkan gong xi fa cai......
& happy holiday for everone.....

Wednesday, February 10, 2010

kerja kursus Sejarah PMR

Berita baik buat plajar PMR 2010. kerja kursus sejarah 2010 telah ada...
sila lawati
1. kerja kursus Sejarah PMR 2010
2. Buku panduan

selamat membuat kerja kursus...

Tuesday, February 9, 2010

Isu DS Anwar Ibrahim - Jawapan Dato' Dr Haron Din

Dato' Dr Haron Din
Fri | Jul 25, 08 | 11:42:08 am MYT

SOALAN: Politik Malaysia hari ini sudah sampai ke kemuncak kalut atau kelam kabut. Selepas satu isu, beralih kepada isu lain yang kebanyakannya membebankan fikiran rakyat jelata. Terbaru rakyat dikejutkan dengan isu rasuah berprofil tinggi, dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam kes liwat lagi dan pelbagai isu lain. Sebagai seorang Muslim saya amat keliru, soal dosa pahala tidak diperdulikan lagi, media dengan bebas mengasak dengan bangga mengaibkan hamba-hamba Allah yang tidak dipastikan kebenarannya, mengapa hal sebegini Dato'? - HASBULLAH MARZUKI, Bandar Baru Bangi


JAWAPAN:

Memang benar kata anda itu, bahawa keadaan politik di Malaysia amat-amat kalut dan berserabut.
Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya.
Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah, sekali gus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan huru hara penghidupan.

Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.

Tuduhan liwat serta fitnah yang melampau ini kadang-kadang dilihat sebagai suatu sandiwara.
Mengapa semuanya ini berlaku? Jawabnya mudah, ia adalah kerana manusia tidak takut dosa, tidak gerun dengan ancaman Allah SWT, tidak peduli apa yang hendak terjadi pada hari pembalasan.
Manusia kini seolah-olah tidak memperdulikan soal neraka dan syurga. Asalkan hati mereka mendapat kepuasan di dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Soal maruah, soal mengaibkan manusia dan apa sahaja yang seumpama dengannya tidak pernah menjadi perhitungan.
Inilah sebabnya hal-hal yang saya nyatakan di atas boleh berlaku.

Malah berbagai-bagai konspirasi boleh dilakukan tanpa segan silu kerana manusia telah dikuasai oleh tuntutan keduniaan yang melampau dan gila kuasa yang tidak terbatas.

Merujuk kepada fitnah liwat yang saudara bangkitkan dalam persoalan, pada saya, jika hukum-hukum Islam berjalan atau berfungsi, saya tidak fikir orang berani melontar fitnah sebegitu.
Ini kerana sekadar mendakwa seseorang itu melakukan liwat tanpa cukup bukti yang nyata dan kukuh, hukuman sebaliknya akan dijatuhkan ke atas si penuduh.

Orang yang membuat tuduhan tanpa cukup saksi, akan dijatuhkan hukuman qazaf mengikut suatu pendapat fuqaha.
Qazaf adalah menuduh zina, tanpa membawa empat orang saksi yang adil, yang benar-benar melihat perbuatan tersebut.
Jika penuduh gagal membuktikannya, maka si penuduh akan dikenakan hukuman, seperti firman Allah (mafhumnya): "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik pekertinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi, maka hendaklah disebat mereka dengan 80 kali sebatan (selepas itu); janganlah kamu menerima persaksian mereka buat selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 4)

Ayat ini tidak merujuk kepada wanita sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menuduh zina tanpa cukup bukti, maka akan dikenakan hukuman qazaf.
Timbul persoalan, bolehkah qazaf ini digunakan juga kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan liwat? Atau didakwa dia diliwat, apakah termasuk dalam konteks ini?

Dalam mazhab as-Syafie, dengan merujuk kepada Kitab al-Muhazzab, juzuk dua, halaman 237, ada dinyatakan, maksudnya; "Sekiranya seseorang berkata (menuduh) kepada seorang lain, 'kamu adalah peliwat atau si fulan meliwat saya atau mengaku dirinya diliwat' (tanpa paksaan), maka itu adalah kazaf, sama dengan kazaf zina, wajib dikenakan hukuman qazaf."
Ini bererti bahawa yang menuduh liwat, sama dengan menuduh zina, wajib diproses mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT.


Apabila hukum Islam tidak berfungsi dan diketepikan maka berleluasalah tuduhan-tuduhan yang seperti itu, kerana tidak ada sesuatu yang menjadi penghalang atau merasa gerun untuk melakukannya.
Alangkah rugi dan kecohnya masyarakat apabila tuduhan-tuduhan liar sebegini, masih menjadi mainan orang-orang tertentu menuduh orang-orang lain dengan pelbagai tuduhan.
Ingatlah, meskipun hukuman-hukuman had seperti yang disebutkan di atas, tidak dapat dilaksanakan buat seketika ini, akan tetapi insafilah bahawa hukuman Allah di akhirat nanti, pasti menunggu semua yang terlibat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang mahsyur (mafhumnya): "Sesungguhnya hukuman dunia adalah lebih ringan daripada hukuman di akhirat."

Ini membawa maksud, bahawa segala kesalahan yang ada peruntukkannya dalam al-Quran atau as-Sunnah, jika dilaksanakan di dunia seperti kehendak Allah, maka ianya adalah paling ringan bagi orang yang terlibat menerimanya.
Jika mereka terlepas daripada menerimanya di dunia, maka di akhirat nanti mereka akan menerima hukuman yang lebih berat daripada Allah SWT.
�
Wallahua'lam - lanh

Monday, February 8, 2010

Syarat lebih ketat untuk layak pinjaman PTPTN

Berita Harian 1 Feb 2010

Kerajaan perlu adakan sistem potongan gaji secara automatik

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menetapkan syarat hanya ibu bapa berpendapatan kurang RM5,000 sebulan, mempunyai tanggungan ramai, tinggal di bandar besar dan luar bandar diberi keutamaan untuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pada masa ini tiada satu syarat khusus berhubung tangga gaji ibu bapa pelajar menyebabkan pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan tinggi turut mendapat keistimewaan itu.

"Kebiasaannya golongan seperti ini tidak mempunyai anak ramai untuk ditanggung dan pastinya mereka berkemampuan untuk menanggung yuran pengajian anak mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata PTPTN memerlukan dana lebih RM5 juta setahun menjelang 2013 bagi membiayai pinjaman pendidikan pelajar yang bertambah.

Beliau berkata, kajian menyeluruh sudah dimulakan bagi melihat kaedah sesuai membolehkan agensi itu memperoleh dana berkenaan.

Pada masa sama, katanya, PTPTN juga mengkaji untuk memberikan pinjaman kepada pelajar daripada golongan yang benar-benar memerlukan dan tidak perlu memberikan pinjaman kepada pelajar dari keluarga yang berkemampuan.

Prof Dr Mohamad Ali berkata, justeru, penetapan tangga gaji adalah perlu sebagai panduan kepada PTPTN untuk memastikan hanya pelajar daripada keluarga yang benar-benar tidak berkemampuan menerima pembiayaan PTPTN.

"Walaupun kita lihat pendapatan RM5,000 itu jumlah besar, sekiranya tinggal di bandar besar dan mempunyai tanggungan ramai, ia tidaklah besar sangat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengadakan sistem potongan gaji secara automatik selepas enam bulan pelajar menamatkan pengajian untuk menjelaskan pinjaman pada kadar munasabah tanpa membebankan pelajar terbabit.

"Kerajaan perlu bersikap tegas dalam soal pembayaran balik pinjaman PTPTN dengan memberikan tempoh tertentu kepada pelajar terbabit untuk menjelaskan pinjaman masing-masing dan menjadikan ia sebagai bidang keberhasilan utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PTPTN.

"Kita yakin pelaksanaan ini bukan saja dapat mengelakkan pelajar daripada liat membayar malah diharapkan tidak akan timbul lagi soal kesukaran kutipan semula yang menimbulkan masalah besar kepada PTPTN sebelum ini," katanya.