Saturday, June 26, 2010

BULAN REJAB!!!

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Wednesday, June 23, 2010

sedih...baru ambik keta dari kampung dah excdent lagi....:(

Petang tadi lepas balik dari fotostat slip gaji kawan2 sampai je kat umah saya tunggu kakak saya balik bawa keta saya dari kampung.

Masa tu saya ada dalam rumah dan bila dengar enjin kereta sy pun tengok la...entah macam mana kakak saya parking terus terlanggar kereta myvi...habis bumber depan rosak dan tercabut....sedih betul...dah lama saya tak guna kereta saya tu.....ingatkan nak guna hujung minggu ini ada program sekolah ke kawasan perkhemahan...tapi harapan berkecai....tak dapat la nak guna kereta tu...

Tadi hantar pi workshop.....tauke tu cakap around 1200 juga....pening!!!!! #@*$$4@@##
Esok gaji terus terbang duit.....nak kumpul untuk Walimah nanti pun tergendala...huuuu!!!
maybe ada kesalahan saya kot yang saya lakukan....Allah nak tegur saya.....
banyak sangat dosa ini....:-(

Pas ini kena koreksi diri semula ini.....Ya Allah berikanku kekuatan diri dan ketabahan....tadi bad mood.....arhhhh!!! sakit jiwa.....tapi skrang dah ok skit....harap2 esok mood ok la....

P/s setiap kejadian pasti ada hikmahnya.....maybe kerata saya merajuk kot dah lama saya tak gunakan dia.....Think +ve dan out of Box.....

Tuesday, June 22, 2010

kembali bertatih untuk mencoret kata

Rasanya sudah lama benar saya tidak mencorat sebarang kata-kata di ruang maya ini. asyik tiada masa aja mau mencoret....kengkadang mau juga mencoret tetapi bila baca balik ayat macam tak sedap ajer atau kengkadang tengah mau mencoret tu tiada idea pula...jadi sekerat aja...so malasla nak publish....

Hari ini saya sangat gembira kerana dapat berhubung semula sahabat lama semasa belajar di menara gading dulu...hampir 8 tahun sudah berlalu...kini baru berctct semula....saya risau juga sebab ada barang yang saya pinjam dari dia tetapi belum sempat bagi balik..alhamdulillah barang tu masih ada lagi....tinggal mau kasi balik aja...tp alhamdulillah empunya barang tersebut dah tak kisah barang tu dan dah halalkan....syukur sangat2 pencarian selama 8 tahun tidak sia-sia.kalau mata sebelum bertemu dengan tuan dia nahas la saya di bicarakan di alam kubur nanti...tapi kini segalanya telah selesai...syukran yang sodiki.....

hari ini juga alhamdulillah kew 8 telah saya siapkan...tinggal mau hantar aje pi KL.....harap2 tiada halangan la....

huus!!!! awal2 buka sekolah ini mood agak slow skit la nak mengajar...tadi pun masuk kelas ambik syarat ajer....kat kelas pun ajar skit-skit ajer..nasib baiklah tadi ada kertas jawapan peperiksaan boleh bincang kejap pasal exam baru-baru ini so tidaklah sia-sia saja masuk kelas tanpa mengajar....harap-harap minggu depan mood dah ok semula...kena segera hidupkan mood ini kalau tidak saya yang nahas sendiri.....tanggungjawab mesti dipikul dengan sebaik mungkin....

Sunday, June 20, 2010

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.


sumber :

Harakahdaily

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27134%3Akenali-

9-syuhada-mavi-marmara&catid=1%3Autama&Itemid=50