Saturday, July 31, 2010

Lawatan sambil belajar bersama pelajar

Alhamdulillah...itu la kata-kata syukur yang dapat ku ucapkan sebab akhirnya tertunai juga hajat di hati unutk membawa anak didikku membuat lawatan sebelum mereka menghadapi SPM. Bermula dengan kata-kata selingan semasa proses P&P di dalam kelas akhirnya menjadi kenyataan.

Pada mulanya memang rancang mau bawa pelajar-pelajar dari kelab Sejarah dan Geografi tapi bila sambutan yang dingin dan kurang respon dari ahli kelab maka saya membetalkan niat untuk membuat lawatan sambil belajar ini....tetapi entah macam mana bila masuk kelas Thanawi 5 pelajar-pelajar sangat mengharapkan agar mereka dibawa untuk lawatan. So kami pun membuat perancangan dan alhamdulillah ianya berjalan dengan jayanya....

Pintu masuk ke Lok Kawi WildLife

Pada mulanya perancangan awal mahu jalan ialah pukul 7 pagi tapi disebabkan masalah teknikal maka bas hanya bertolak kurang 5 minit pukul lapan....perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dan 30 minit...kami pergi dengan 2 buah bas...satu bas pelajar perempuan dan satu bas pelajar lelaki.

Bagi mereka yang pertama kali ke Zoo Lok Kawi ini memang akan teruja dengan SHOw yang dibuat oleh pegawai2 bersama binatang-binatang mereka. sungguh menghiburkan.....ada Orang Utan, Burung kakak tua, ular, Burung Engang dan beberapa ekor lagi binatang yang membuat ShoW....di akhir pertujukan sangat best sebab banyak binatang keluar untuk membuat pertunjukan.

selepas Show habis, saya memberi peluang kepada pelajar untuk bersiar-siar melihat haiwan yang ada di Taman Hidupan Liar ini...ada 26 Kandang yang menempatkan pelbagai spises haiwan....ada gajah, Badak air, Rusa, beruang, harimau, kuda zebra, pelbagai jenis burung, pelbagai jenis monyet dan banyak lagi...penat juga berjalan....naik bukit turun bukit....penat juga la....tapi puas sebab dapat melihat binatang2 yang jink-jinak belaka.....

Tepat pukul 1.00 petang pelajar telah berkumpul semula di tempat yang telah ditentukan dan sesi lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi berakhir di sini.....pelajar2 sangat seronok dapat melihat binatang yang selama ini hanya mereka tengok di TV aja....kini boleh tengok live lagi...

dipendekkan cerita selepas ke Zoo kami terus ke KFC Tanjung Aru..makan thari..pas tu pi masjid Negeri untuk Solat Zohor jamak dgn asar....pas tu pi muzium negeri sabah....ada tulang ikan paus...besarnya!!!!! panjang lagi...kalau pelajar 30 berbaris pun boleh muat dalam perut ikan paus tu.....
Muzium Sabah
setelah semua puas berjalan2 so kami pun balik la semula ke Ranau dengan senang hati....sepanjang perjalanan balik pelajar asyik menyanyi ajer....tambah2 lagi pelajar perempuan...seronok mungkin sebab lama tidak ada aktiviti lawatan sebelum ini.....moga lepas ini adalah motivasi untuk belajar semula...SPM dah makin hampir.....k good luck all my student....

Friday, July 23, 2010

BERHATI-HATI DENGAN NOMBOR KAD BANK ANDA






Pagi tadi semasa saya tiba di bilik guru, seorang guru perempuan telah memberitahu saya mengenai satu kejadian ngeri mengenai nombor kad bank dan nombor kad kredit. Dia menceritakan kawan kepada kakak dia tu telah kehilangan duit akibat kecuaian memberikan nombor kad bank beliau kepada pemanggil yang menyamar dari bank negara.

cerita dia lebih kurang macam ini la...seorang cikgu ada membuat kad kredit dengan bank rakyat. dua hari lepas dia telah di telefon dari seseorang yang mengaku dari bank negara...tanpa berfikir panjang dia telah memberikan nombor kad bank dia( tanpa kata laluan). Orang yang menelefon tu cakap dia dari bank negara dan bagi tau kepada cikgu tu bahawa had pengunaan kad kredit guru itu sudah melebihi had jadi bank negara mahukan agar cikgu itu membuat pembayaran. Orang tersebut telah meminta cikgu itu membacakan nombor kad bank dia, tanpa berfikir panjang cikgu itu telah memberikan nombor kad banknya.

selang beberapa minit cikgu itu mila terfikir buat apa bank negara mahu nombor kad banknya..lalu dia dengan penuh keraguan telah ke mesin ATM untuk melihat wangnya...Alangkah terkejutnya cikgu tersebut kerana hampir separuh duit dari akaun banknya telah tiada. cikgu tu pun menyesal kerana memberi nombor kad bank tanpa berfikir panjang. dia telah menghubungi bank dan apabila siasatan dibuat tiada sebarang transaksi pengeluaran wang tetapi persoalannya macam mana duit itu boleh hilang or lesap??? dia telah membuat laporan polis dan kerja2 penyesatan sedang dibuat..


kesian cikgu tersebut, sampai mahu menjual kereta kerana telah kehilangan duit yang begitu banyak. Oleh itu wahai sekalian pengunjung blog ini saya nasihatkan agar JANGAN SEKALI KALI MEMBERI NOMBOR KAD BANK ANDA ATAUPUN NOMBOR KAD KREDIT ANDA PADA ORANG YANG TIDAK ANDA KENALI HATTA ORANG YANG MENGAKU DARI BANK NEGARA PUN JANGAN BAGI KECUALI ANDA SENDIRI KE BANK NEGARA ATAU BERURUSAN DI BANK.


Sendiket terbaru ini sangat menakutkan......berwaspadala sentiasa....moga kita sentiasa beringat...apa orang kata " BERINGAT SEBELUM KENA" .....Saya doakan moga cikgu itu akan dapat pembelaan yang sewajarnya.

Lihatlah ke Bawah!

Editor: Abu Nashiruddin Dzul Riyhayn bin Abd Wahab

Dunia dengan perhiasannya demikian menyilaukan . . .

Allah subhanahu wa ta'ala pun memberikannya kepada hamba yang dicintai-Nya dan kepada hamba yang tidak dicintai-Nya, sehingga kelebihan yang diperolehi seseorang dalam perkara dunia bukan jaminan dia dicintai oleh Dzat yang di atas. Berapa banyak orang yang jahat, engkar kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam namun dia beroleh kekayaan dan kedudukan yang tinggi. Sebaliknya, banyak hamba yang taat kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam tidak beroleh dunia kecuali sekadarnya. Kenapa demikian? Kerana memang dunia tiada bernilai di sisi Allah subhanahu wa ta'ala sehinggakan kata Rasul yang mulia shallallahu 'alaihi wasallam:

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

"Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun."

[HR. At-Tirmidzi, dishahihkan al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 940]

Tatkala Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melewati sebuah pasar sementara sahabat-sahabat berada di sekitarnya, beliau melewati bangkai seekor anak kambing yang cacat telinganya. Beliau memegang telinga bangkai haiwan tersebut, lalu berkata:

أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ؟ فَقَالُوا: مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَيْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ؟ قَالَ: أَتُحِبُّوْنَ أَنَّهُ لَكُمْ؟ قَالُوا: وَاللهِ، لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيْهِ لِأَنَّهُ أَسَكُّ فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ؟ فَقَالَ: فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ

"Siapa di antara kalian ingin memiliki bangkai anak kambing ini dengan membayar satu dirham?"

"Kami tidak ingin memilikinya walau dengan membayar sedikit, kerana apa yang akan kami perbuat dengannya?" jawab mereka yang ditanya.

Beliau kembali mengulangi pertanyaannya, "Apakah kalian ingin bangkai anak kambing ini jadi milik kalian?"

"Demi Allah, seandainya pun haiwan ini masih hidup, ia cacat, telinganya kecil, apatah lagi ia sudah menjadi bangkai!" jawab mereka.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Maka demi Allah, sungguh dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini bagi kalian." [HR Muslim]

Mungkin kita termasuk orang yang mendapatkan dunia sekadarnya, tidak seperti yang diperoleh orang-orang sekitar kita, yang mungkin mempunyai rumah mewah, kereta bertukar-ganti, perabot yang mewah . . . , dan kedudukan yang selesa . Kekurangan yang ada pada kita dari sisi lain seharusnya tidak perlu membuat dada kita sempit sehingga kita berburuk sangka kepada Allah yang Maha Adil. Rasul yang mulia shallallahu 'alaihi wasallam telah memberi bimbingan dalam perkara dunia kita. Beliau shallallahu 'alaihi wasallam bertitah:

انظروا إلى من هو أسفل منكم. ولا تنظروا إلى من هو فوقكم؛ فهو أجدر أن لا تَزْدروا نعمة الله عليكم

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kalian dan jangan melihat orang yang lebih di atas kalian. Yang demikian ini (melihat ke bawah) akan membuat kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan-Nya kepada kalian." [HR Muslim]

Dalam satu riwayat yang lain:

إذا نظر أحدكم إلى من فضل عليه في المال والخلق فلينظر إلى من هو أسفل منه

"Apabila salah seorang dari kalian melihat kepada orang yang diberi kelebihan dalam urusan harta dan rupa, maka hendaklah ia melihat orang yang lebih rendah dari dirinya."

Hadits di atas mengajar setiap muslim agar selalu melihat ke bawah dalam perkara dunia dan jangan melihat kepada orang yang melebihinya. Kerana bila ia berbuat demikian akan membuatnya berkeluh kesah, sempit dada, dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah subhanahu wa ta'ala berikan kepadanya. Sebaliknya dalam perkara agama/akhirat, seorang muslim harusnya melihat ke atas, kepada orang yang lebih darinya dalam beramal ketaatan, dalam kesolehan dan ketakwaan sehingga ia terpacu untuk terus menambah ketaatan dan amal ibadah. [Bahjatun Nazhirin, 1/534]

Al-Imam Ath-Thabari rahimahullahu berkata tentang hadits di atas:

"Ini merupakan sebuah hadits yang mengumpulkan kebaikan. Kerana bila seorang hamba melihat orang yang di atasnya dalam kebaikan, ia menuntut jiwanya untuk turut bergabung dengan orang yang dilihatnya tersebut. Ia pun mengecilkan keadaannya ketika itu sehingga ia bersungguh-sungguh untuk menambah kebaikan. Bila dalam perkara dunianya ia melihat kepada orang yang di bawahnya, akan tampak baginya nikmat Allah subhanahu wa ta'ala yang terlimpah padanya, ia pun mengharuskan jiwanya bersyukur. Inilah makna ucapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas. Bila seseorang tidak melakukan anjuran Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tersebut maka keadaannya jadi sebaliknya. Ia terkagum-kagum dengan amalannya sehingga dia malas menambah kebaikan. Ia membukakan kedua matanya kepada dunia dan bercita-cita untuk menambahnya. Nikmat Allah subhanahu wa Ta'ala yang diperolehnya pun diremehkan dan tidak ditunaikan haknya." [Ikmalul Mu'lim bi Fawa'id Muslim, 8/515]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan nasihat yang akan mengubati penyakit yang mungkin ada di dalam dada, maka amalkanlah! Selalulah melihat orang yang kekurangan dan lebih susah daripada kita.

Lihatlah. . . Allah subhanahu wa ta'ala telah memberikan tempat tinggal yang menaungi kita setiap harinya walau rumah yang sederhana, maka syukurilah kerana berapa banyak pengemis-pengemis di sekitar kita. Mereka terpaksa tidur di kaki lima, di bawah jembatan, dan di dalam rumah-rumah buruk . . .

Setiap harinya kita bisa makan dan minum walau hidangan yang tersaji sederhana, namun syukurilah. Lihatlah di sana ... Ada orang-orang yang mengais-ngais sampah untuk mencari sesuatu yang dapat mengisi perut mereka yang lapar.

Kita diberi nikmat berupa pakaikan yang dapat menutup aurat kita dan melindungi kita dari hawa panas dan dingin, walau harganya tak seberapa. Namun lihatlah ... di sana ada orang-orang yang berpakaian compang-camping kerana kemiskinannya.

Lihatlah dan tengoklah selalu kepada orang yang hidupnya lebih sulit daripada kita, dengan begitu kita dapat mensyukuri nikmat Allah subhanahu wa ta'ala yang diberikan-Nya kepada kita.

Ingatlah selalu bahawa dunia ini ibaratnya hanyalah fatamorgana, tiada berharga, maka jangan engkau terlalu berpanjang angan untuk meraihnya. Tetapi bercita-citalah untuk kehidupanmu setelah mati. Di sana ada negeri kekal menantimu...!!!

Wallahu a'lam bish-shawab.

[Sumber: Majalah Asy-Syariah No. 48/IV/1430 H/2009. Rubrik: Sakinah, Lembar untuk Wanita dan Keluarga. Kategori: Mutiara Kata. Halaman: 93 s.d. 94]

Thursday, July 22, 2010

BERTUKAR SEMULA KE BLOGSPOT

Blogspot dan Wordpress......mana yang senang bagi anda?
saya telah mencuba untuk membuat blog menggunakan domin wordpress tapi nampaknya saya belum dapat membiasakan diri dengan wordpress....percubaan saya selama 2 minggu berada di domin wordpress kurang menjadi pula. Jadi untuk tidak pening kepala so saya kembali semua ke blogspot..biarlah sedikit ilmu yang saya pelajari di wordpress saya simpan sahaja.....

Sekarang ini saya sedang membuat RPH untuk esok dan membuat kertas keja untuk lawatan smbil belajar pelajar tingkatan 5. Esok pula SPI ( Sektor Pendidikan Islam) mahu datang ke sekolah...jeng...jeng..jeng habis la tidak tau apa la pula yang bakal berlaku kali ini. tapi yang pastinga saya terlibat dengan Mukayyam Bahasa Arab so selamat la sekejap tapi saya yakin lepas balik nanti dari Mukayyam ni pasti banyak keja yang sudah menanti. Macam mana pun saya akan datang juga pada 23 julai 2010 (malam) untuk mendengar taklumat yang akan disampaikan oleh pegawai dai SPI nanti.

kertas keja lawatan ini cuma tinggal 10% sahaja belum siap....tinggal mau kasi betul skit dan buat surat pada yang berkenaan saja lagi...lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi dan ke Muzium Negeri sabah jer....mulanya rancang mau pi aqarium UMS tapi memandangkan masa kurang mengizinkan jadi cukup la 2 tempat dulu buat masa ini. nanti kalau ada masa dan peluang lawatan ke tempat lain lagi pula....

Tinggal sebulan lagi segala-galanya akan berubah..berubah status, berubah rumah, berubah cara hidup dan banyak lagi yang perlu dihadapai....moga2 saya dapat menghadapi semua ini dengan tabah dan sabar.....sudah saya bersedia???? ........................... satu perjalanan baru yang bakal saya hadapi...Di mana satu cabaran akan bermula dalam hidupku....saya harus kuat untuk menghadapi semua ini....tidak boleh cepat berputus asa....kena banyakkan doa dan bertawakal kepada Pencipta Alam ini yang Maha Berkuasa kepada semua makhluknya...

Saya pun dah tak tau apa lagi yang harus saya coretkan di sini...jari jemari ini semakin lemah..mata semakin kuyu......itu tandanya saya dah mengantuk so mau melelapkan mata sudah...oklah insyaAllah di masa lapang yang lain kita akan bersua semula di ruangan maya bicara tanpa suara ini.

DUHAI KALBU


Duhai kalbu..

Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..

Walau pada haqnya..amat lancar melontarkan kata-kata..

Dalam kepiluan menerima suratan..

Keredhaan yang utuh dibangunkan…tertarah juga dek linangan air mata…

Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…

Tapi apalah qudrat seorang hamba..ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…

Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..

Sok kuat tiada maknanya seketika..

Hakikat insaniah yang lemah…

Merungkai kebenaran…

Ya Allah yang maha kuasa..

Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..

Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah

Natijah disebalik kepayahan..

Rahmat disebalik ujian…

Dan nikmat disebalik musibah..

Kugagahi jua perjalanan ini..

Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..

Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..

Ketentuan dan ketetapan…

Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…

Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..

Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..

Keutamaan cinta yang kekal abadi…

Nuhassilu biha birridho…

..hanim yusra..

25/5/10

Wednesday, July 7, 2010

POKOK BUNGA CANTIK TAPI AWAS!!!!!


Salam, ni namanya p0k0k birah atau dieffenbachia sp. Ia bertoksik dan boleh memudarat jika kita terkena getahnya. Ramai orang yang tidak tahu tentang bahaya ini. Pokok ini amat bahaya terutama bg kanak2,toksin drp pkk ini mmpu utk mbuatkn knk2 mjadi lmbt utk btutur/bcakap.

Jika kita myentuh/tkena getah pkk ini, pastikn tgn dibasuh. Sila perhatikan pokok hiasan ini
betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15
minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.


Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya
memusnahkan pokok ini segera.


Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.


Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".


Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


sekian...
Wasallam

Monday, July 5, 2010

AKTIVITI DI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu kali ini saya berkesempatan untuk meluangkan masa bersiar-siar ke Bandaraya Kota -kinabalu dan ke Nalapak. Selepas habis sahaja sukan tahunan bersama SEMEKAR pada petang itu saya terus sahaja merehatkan diri di rumah. Pada ke esokan harinya iaitu pada hari ahad saya berkesempatan ke kota kinabalu. Pi seorang sahaja....saja-saja berjalan mencuci mata....

Apabila tiba di bandar KK saya ke Pasar Minggu di Jalan Gaya Street....banyak pemandangan yang boleh di kongsikan bersama...ini adalah gambar-gambar yang sempat saya snap dengan handphone saya..lupa bawa kemera bah...

antara kraftangan yang dijual

Baju pun ada..

pasu kecil



JUDI DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT

Dari ustaz nasruddin tantawi:
http://wind.prohosting.com/tantawi/soaljawab/jawap1.html

Dari Ustaz Abu Umair - MA Madinah (Panel Al-Ahkam.net)

- Jika hadiah pertandingan dibiayai oleh pihak kerajaan atau pihak penganjur, maka hukumnya harus dan tiada unsur perjudian.

- Jika hadiahnya dibiayai oleh seorang atau beberapa individu yang tidak menyertai pertandingan, hukumnya juga adalah harus.

- Jika hadiah pertandingan diambil daripada yuran setiap peserta, maka dalam kes inilah berlaku khilaf antara ulama, kepada beberapa pendapat. Jumhur ulama mengatakan haram, kerana ia satu bentuk perjudian.

Sedangkan perjudian diharamkan secara nas dan ijmak. Kecuali dimasukkan dalam pertandingan itu seorang atau beberapa orang muhallil. Maksud muhallil ialah: mereka yang masuk pertandingan tanpa sebarang bayaran, tetapi apabila dia menang, dia layak menerima hadiah. Kemasukan peserta muhallil ini adalah untuk mengelak berlakunya judi.

Dalil haramnya pertandingan seperti ini dan menjadi harus dengan adanya muhallil ialah hadis Said Bin Musayyib daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa memasukkan seekor kuda (yg tidak mengeluarkan bayaran) antara dua kuda (yang mengeluarkan bayaran), sedangkan dia tidak selamat daripada dikalahkan olehnya, maka tidak mengapa".
Direkod oleh Ahmad (no: 10557), Abu Daud (no: 2581), Ibn Majah (no: 2876).

Pendapat kedua: mengatakan pertandingan seperti ini adalah harus kerana umum hadis yang membenarkan mengadakan perlumbaan, tanpa dijelaskan tentang perlunya ada muhallil.

Manakala hadis Abu Hurairah, ia dipertikaikan kesahihannya daripada Nabi SAW.
-Kata Abu Hatim: Ia adalah silap.....tidak wajar dikatakan ia daripada Nabi SAW. Paling-paling baik pun, ia adalah kata-kata Said bin Musayyib. (Ilal Ibn Abi Hatim 2/252).

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 28/22.
- Al-Furusiyyah; Ibn Qayyim m/s 20.
- Al-Musabaqaat Wa Ahkamuha Fi al-Syariah m/s 76.