Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Pengalaman sehari bertarawih di sebuah kampung

Selepas siap berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib saya bersedia untuk ke masjid….masa dalam perjalanan ke masjid saya telah melalui sebuah kampung…terdetik dihati untuk try solat tarawih di kampung tersebut….

Sampai di surau itu saya pun parking la kereta…bila naik ke masjid saya lihat hanya seorang lelaki remaja di surau itu. Saya bertanya kepada remaja itu… “ramai ka orang datang solat tarawaih di surau?” remaja itu hanya menjawab semalam saya bersolat di kampung sebelah….jadi saya terus dia ajer la…..5 minit berlalu belum juga kelihatan orang kampung datang ke surau itu….

Selepas azan berkumandang barulah ada beberapa orang budak dan 4 orang dewasa datang…..kalau di ikutkan bilangan rumah di kampung itu ada 30 buah rumah dan semua penduduk di kampung itu beragama Islam. Saya positifkan sahaja fikiran mungkin lepas ni baru ramai orang datang…..

Semasa solat isyak..kebetulan saya berada di sof tepi, semasa rakaat ketiga tiba-tiba datang seorang makmum seorang lelaki tua…..lalu dia mengangkat takbir solat bersama-sama….semasa tahiyyat akhir tiba-tiba dia berdiri meneruskan rakaatnya sedangkan tadi dia takbir bersama-sama imam. Saya hanya mampu berdiam diri dan tidak boleh bercakap sebab saya pun sedang solat…..saya hanya mampu beristghfar ……inilah jadinya jika kita solat hanya kadang-kadang atau bermusim…..kesian pakcik tu…..

Nak tegur tapi takut dia terasa ......kena cari jalan berhikmah agar orang tidak terasa……Moga-moga pakcik itu akan mendapat petunjuk dan mendapat keampunan dari Allah…

Wednesday, August 18, 2010

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR

wahai dikau...renungkanlah engkau akan nasib diri

wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati

wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergitatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu siangnya engkau sibuk berdzikir dan beramal

menjaga puasamu agar bernilai

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu... berdo'a kepada Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu sholatmu kau kerjakan di awal waktusolat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba dirimenghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"inna shalaatii wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lilslahi rabbil'aalamiin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelianalam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalusetiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluangalunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kausyairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih...bertilawah...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk kesyurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"oleh karena itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MUini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayangmari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idamanyang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu engkau bakal menyediakan batin dan zhahirmempersiap diri...rohani dan jasmanimenanti-nanti jemputan Malaikat Mautdi kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kamijadikanlah ia Ramadhan paling berarti...palingberseri...menerangi kegelapan hati-hati kamimenyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahisemoga bakal mewarnai kehidupan kami di sanananti

namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahuiapakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itu...

hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir,MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN....




Saturday, August 7, 2010

TAPISAN HIV VS TAPISAN AKHIRAT

Ramai orang yakin boleh terlepas daripada tapisan HIV tetapi berapa ramaikan orang boleh yakin dengan tapisan Akhirat???

Persoalan ini tiba-tiba muncul dalam ruang pemikiran saya semasa sesi kaunseling di sebuah Klinik Ibu dan anak..Saya telah diberikan satu penerangan mengenai HIV dan AIDS. Saya agak gemuruh juga takut-takut kita yang sihat dan tidak terlibat aktiviti yang kurang sihat tetiba dapat HIV. Nauzubilah min zalik....

Semasa darah saya diambil saya berdoa agar saya terhindar dari Virus HIV...alhamdulillah 5 minit selepas itu nama saya di panggil dan mendapat keputusan ( NON-REAKTIF) alhamdulillah....lantas terfikir di ruangan minda bagaimanakah jika saringan Allah kelak???? Di dunia ini memanglah kita boleh mengelak dan kadang kala kita boleh menipu orang untuk terlepas dari sesuatu tindakan tetapi di Akhirat kelak boleh ka kita mengelak sama seperti di dunia??? sudah pastinya mempunyai perbezaan yang amat nyata....

Sebagai seorang insan biasa yang tidak punyai apa-apa kelebihan sudah pastinya kita berhadapan dengan seribu satu macam pengaruh dan cabaran yang hebat. Kalau bukan godaan Syaitan ianya datang dari diri sendiri iaitu nafsu....jadi kita kena banyak muhajadah diri agar kita boleh terus berada di atas landasan yang sebenar. persiapkan la diri dengan amal kebaikan dan jauhkan la diri dengan maksiat dan perkara sia-sia...

Ingatlah wahai diriku.....masa memang panjang tetapi mampukah anda memilikinya??? esok yang pasti datang jangan kau fikirkan kau akan dapat bertemunya jika bukan kerana takdir Allah...kerana hari esok belum tentu lagi akan milik kita....fikirkanlah wahai diri yang bernama insan dan hamba kepada Pemilik Alam semesta jangan fikir kau bisa meloloskan diri dengan saringan Akhirat........

Jika hari ini kau boleh terlepas dari saringan HIV tetapi ingat belum tentu di akhirat kelak kau boleh terlepas dengan tapisan Allah..kerana di sana adalah tempat saringan yang Maha Hebat dari sekecil-kecil zarah hingga la sebesar-besar zarah akan dinilai.....

Mohonlah wahai diri kepada Allah yang Maha Esa agar diberi keampunan dan kemaafan di atas keterlanjuran dirimu dari perkara maksiat sama ada sedar atau pun tidak sedar....Ya Allah Yang Maha Pengampun dan Maha penerima taubat....Ampunkanlah dosa hamba-hambaMU yang berdosa dan berikanlah mereka peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini agar mereka mendapat keampunanMu....Amin Ya Rabb....

ingatlah semua jika hari ini kita terlepas dari saringan HIV ...jangan kita lupa bahawa kita masih ada saringan yang pasti kita lalui untuk memastikan kita berada di mana kelak di akhirat sana...wallahuallam....

Friday, August 6, 2010

Bicara minda bersama Ust Akmal Othman



setelah 2 minggu dirancang akhirnya bertemu juga dengan ust akmal di sekolah. 5 minit sebelum azan maghrib berkumandang di udara kelihatan kereta persona berwarna putih telah berpaking di tepi pagar sekolah. setelah bersalaman dengan ustaz saya tunjukkan surau dan tempat mengambil wuduk.

sebenarnya saya mula mengenali ustz Akmal pada tahun 1996 iaitu 15 tahun yang lalu semasa saya mengikuti Program Nadwah pelajar Islam di Pusat Latihan dakwah Kundasang. kini beliau telah menjadi Imam di Masjid Negeri. tak sangka pula ustz masih lagi mengenai wajah saya ini Justify Fullwalaupun sudah 15 tahun berlalu....

setelah solat maghrib secara berjemaah maka ust akmal telah memulakan bicara mindanya....semua berkisar mengenai Ramdahan yang bakal tiba dan sedikit santapan rohani yang lain. Dalam tazkirah yang diberikan terselit cerita yang sangat menarik iaitu mengenai seorang ulama yang curi-curi masuk ke dalam gereja.

kisahnya lebih kurang macam ini la....mengenai "Mifta aljannah " ada seorang ulama yang bernama abu yazid....telah masuk ke dalam sebuah gereja semasa upacara sembanyang bermula. setelah membuat penyemaran maka ulama tersebut telah masuk ke dalam gereja dengan selamatnya. tetapi sebenarnya beberapa orang Paderi tahu ada orang asing di dalam gereja tersebut lalu seorang paderi tersebut mengumumkan bahawa sesiapa yang tidak di kehendaki dalam gereja ini sila keluar. Namun tiada seorang pun yang mengaku....setelah beberapa kali paderi itu bertanya maka barulah Ulama itu mengaku dan paderi itu bertanya kenapa ulama itu masuk ke dalam gereja.

sebelum ulama itu keluar dari geraja ketua paderi itu bertanya kepadanya....Paderi : disebabkan kamu sudah terlanjur masuk di gereja ini jadi sebelum keluar kamu mestilah menjawab beberapa soalan. Ulama tersebut bersetuju...antara soalannya ialah apa dia tiada dua hanyalah satu. maka ulama itu menjawab Allah. lalu Paderi itu menyoal lagi..apa dia tiada tiaga hanyalah dua...dan seterusnya sehinggalah 50 soalan dan kesemua soalan itu boleh dijawab oleh ulama tersebut dengan mudah...

lalu sebelum ualam itu keluar dia telah membuat permintaan. Disebabkan paderi itu telah menyoal ulama itu dengan 50 soalan maka ulama itu meminta izin untuk menyoal satu soalan sahaja. lalu paderi itu membenarkan ulama itu menyoal mereka. soalan yang cukup mudah iaitu " Apakah Kunci Syurga ( Mifta aljannah)? lalu paderi itu berkata dia tidak akan menjawab....org ramai di dalam gereja mula mempersoalkan tindakan paderi tersebut kerana tidak mahu menjawab soalan tadi...maka setelah didesak oleh orang ramai barulah paderi itu menjawab persoalan Ulama itu tadi. Sebelum itu paderi itu memohon agar semua yang ada di dalam geraja tidak marah kepadanya jika dia menjawab soalan tadi..

Dengan yakin paderi memberi jawapan : Jawapan bagi apakah Kunci Syurga ialah kalimah Syahadah.
Setelah paderi itu mengucapkan kalimah suci kalimah Syahadah maka semua orang yang berada di dalam gereja telah memeluk Agama Islam..alhamdulillah.....begitulah jika kita berilmu maka mudah la kita mengajak orang membuat kebaikan....

sesi tazkirah pendek berakhir dan azan Isyak berkumandang......kita berjumpa lagi di lain masa pesan ustaz akmal......


Saturday, July 31, 2010

Lawatan sambil belajar bersama pelajar

Alhamdulillah...itu la kata-kata syukur yang dapat ku ucapkan sebab akhirnya tertunai juga hajat di hati unutk membawa anak didikku membuat lawatan sebelum mereka menghadapi SPM. Bermula dengan kata-kata selingan semasa proses P&P di dalam kelas akhirnya menjadi kenyataan.

Pada mulanya memang rancang mau bawa pelajar-pelajar dari kelab Sejarah dan Geografi tapi bila sambutan yang dingin dan kurang respon dari ahli kelab maka saya membetalkan niat untuk membuat lawatan sambil belajar ini....tetapi entah macam mana bila masuk kelas Thanawi 5 pelajar-pelajar sangat mengharapkan agar mereka dibawa untuk lawatan. So kami pun membuat perancangan dan alhamdulillah ianya berjalan dengan jayanya....

Pintu masuk ke Lok Kawi WildLife

Pada mulanya perancangan awal mahu jalan ialah pukul 7 pagi tapi disebabkan masalah teknikal maka bas hanya bertolak kurang 5 minit pukul lapan....perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dan 30 minit...kami pergi dengan 2 buah bas...satu bas pelajar perempuan dan satu bas pelajar lelaki.

Bagi mereka yang pertama kali ke Zoo Lok Kawi ini memang akan teruja dengan SHOw yang dibuat oleh pegawai2 bersama binatang-binatang mereka. sungguh menghiburkan.....ada Orang Utan, Burung kakak tua, ular, Burung Engang dan beberapa ekor lagi binatang yang membuat ShoW....di akhir pertujukan sangat best sebab banyak binatang keluar untuk membuat pertunjukan.

selepas Show habis, saya memberi peluang kepada pelajar untuk bersiar-siar melihat haiwan yang ada di Taman Hidupan Liar ini...ada 26 Kandang yang menempatkan pelbagai spises haiwan....ada gajah, Badak air, Rusa, beruang, harimau, kuda zebra, pelbagai jenis burung, pelbagai jenis monyet dan banyak lagi...penat juga berjalan....naik bukit turun bukit....penat juga la....tapi puas sebab dapat melihat binatang2 yang jink-jinak belaka.....

Tepat pukul 1.00 petang pelajar telah berkumpul semula di tempat yang telah ditentukan dan sesi lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi berakhir di sini.....pelajar2 sangat seronok dapat melihat binatang yang selama ini hanya mereka tengok di TV aja....kini boleh tengok live lagi...

dipendekkan cerita selepas ke Zoo kami terus ke KFC Tanjung Aru..makan thari..pas tu pi masjid Negeri untuk Solat Zohor jamak dgn asar....pas tu pi muzium negeri sabah....ada tulang ikan paus...besarnya!!!!! panjang lagi...kalau pelajar 30 berbaris pun boleh muat dalam perut ikan paus tu.....
Muzium Sabah
setelah semua puas berjalan2 so kami pun balik la semula ke Ranau dengan senang hati....sepanjang perjalanan balik pelajar asyik menyanyi ajer....tambah2 lagi pelajar perempuan...seronok mungkin sebab lama tidak ada aktiviti lawatan sebelum ini.....moga lepas ini adalah motivasi untuk belajar semula...SPM dah makin hampir.....k good luck all my student....

Thursday, July 22, 2010

BERTUKAR SEMULA KE BLOGSPOT

Blogspot dan Wordpress......mana yang senang bagi anda?
saya telah mencuba untuk membuat blog menggunakan domin wordpress tapi nampaknya saya belum dapat membiasakan diri dengan wordpress....percubaan saya selama 2 minggu berada di domin wordpress kurang menjadi pula. Jadi untuk tidak pening kepala so saya kembali semua ke blogspot..biarlah sedikit ilmu yang saya pelajari di wordpress saya simpan sahaja.....

Sekarang ini saya sedang membuat RPH untuk esok dan membuat kertas keja untuk lawatan smbil belajar pelajar tingkatan 5. Esok pula SPI ( Sektor Pendidikan Islam) mahu datang ke sekolah...jeng...jeng..jeng habis la tidak tau apa la pula yang bakal berlaku kali ini. tapi yang pastinga saya terlibat dengan Mukayyam Bahasa Arab so selamat la sekejap tapi saya yakin lepas balik nanti dari Mukayyam ni pasti banyak keja yang sudah menanti. Macam mana pun saya akan datang juga pada 23 julai 2010 (malam) untuk mendengar taklumat yang akan disampaikan oleh pegawai dai SPI nanti.

kertas keja lawatan ini cuma tinggal 10% sahaja belum siap....tinggal mau kasi betul skit dan buat surat pada yang berkenaan saja lagi...lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi dan ke Muzium Negeri sabah jer....mulanya rancang mau pi aqarium UMS tapi memandangkan masa kurang mengizinkan jadi cukup la 2 tempat dulu buat masa ini. nanti kalau ada masa dan peluang lawatan ke tempat lain lagi pula....

Tinggal sebulan lagi segala-galanya akan berubah..berubah status, berubah rumah, berubah cara hidup dan banyak lagi yang perlu dihadapai....moga2 saya dapat menghadapi semua ini dengan tabah dan sabar.....sudah saya bersedia???? ........................... satu perjalanan baru yang bakal saya hadapi...Di mana satu cabaran akan bermula dalam hidupku....saya harus kuat untuk menghadapi semua ini....tidak boleh cepat berputus asa....kena banyakkan doa dan bertawakal kepada Pencipta Alam ini yang Maha Berkuasa kepada semua makhluknya...

Saya pun dah tak tau apa lagi yang harus saya coretkan di sini...jari jemari ini semakin lemah..mata semakin kuyu......itu tandanya saya dah mengantuk so mau melelapkan mata sudah...oklah insyaAllah di masa lapang yang lain kita akan bersua semula di ruangan maya bicara tanpa suara ini.

Monday, July 5, 2010

AKTIVITI DI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu kali ini saya berkesempatan untuk meluangkan masa bersiar-siar ke Bandaraya Kota -kinabalu dan ke Nalapak. Selepas habis sahaja sukan tahunan bersama SEMEKAR pada petang itu saya terus sahaja merehatkan diri di rumah. Pada ke esokan harinya iaitu pada hari ahad saya berkesempatan ke kota kinabalu. Pi seorang sahaja....saja-saja berjalan mencuci mata....

Apabila tiba di bandar KK saya ke Pasar Minggu di Jalan Gaya Street....banyak pemandangan yang boleh di kongsikan bersama...ini adalah gambar-gambar yang sempat saya snap dengan handphone saya..lupa bawa kemera bah...

antara kraftangan yang dijual

Baju pun ada..

pasu kecil



Wednesday, June 23, 2010

sedih...baru ambik keta dari kampung dah excdent lagi....:(

Petang tadi lepas balik dari fotostat slip gaji kawan2 sampai je kat umah saya tunggu kakak saya balik bawa keta saya dari kampung.

Masa tu saya ada dalam rumah dan bila dengar enjin kereta sy pun tengok la...entah macam mana kakak saya parking terus terlanggar kereta myvi...habis bumber depan rosak dan tercabut....sedih betul...dah lama saya tak guna kereta saya tu.....ingatkan nak guna hujung minggu ini ada program sekolah ke kawasan perkhemahan...tapi harapan berkecai....tak dapat la nak guna kereta tu...

Tadi hantar pi workshop.....tauke tu cakap around 1200 juga....pening!!!!! #@*$$4@@##
Esok gaji terus terbang duit.....nak kumpul untuk Walimah nanti pun tergendala...huuuu!!!
maybe ada kesalahan saya kot yang saya lakukan....Allah nak tegur saya.....
banyak sangat dosa ini....:-(

Pas ini kena koreksi diri semula ini.....Ya Allah berikanku kekuatan diri dan ketabahan....tadi bad mood.....arhhhh!!! sakit jiwa.....tapi skrang dah ok skit....harap2 esok mood ok la....

P/s setiap kejadian pasti ada hikmahnya.....maybe kerata saya merajuk kot dah lama saya tak gunakan dia.....Think +ve dan out of Box.....

Tuesday, June 22, 2010

kembali bertatih untuk mencoret kata

Rasanya sudah lama benar saya tidak mencorat sebarang kata-kata di ruang maya ini. asyik tiada masa aja mau mencoret....kengkadang mau juga mencoret tetapi bila baca balik ayat macam tak sedap ajer atau kengkadang tengah mau mencoret tu tiada idea pula...jadi sekerat aja...so malasla nak publish....

Hari ini saya sangat gembira kerana dapat berhubung semula sahabat lama semasa belajar di menara gading dulu...hampir 8 tahun sudah berlalu...kini baru berctct semula....saya risau juga sebab ada barang yang saya pinjam dari dia tetapi belum sempat bagi balik..alhamdulillah barang tu masih ada lagi....tinggal mau kasi balik aja...tp alhamdulillah empunya barang tersebut dah tak kisah barang tu dan dah halalkan....syukur sangat2 pencarian selama 8 tahun tidak sia-sia.kalau mata sebelum bertemu dengan tuan dia nahas la saya di bicarakan di alam kubur nanti...tapi kini segalanya telah selesai...syukran yang sodiki.....

hari ini juga alhamdulillah kew 8 telah saya siapkan...tinggal mau hantar aje pi KL.....harap2 tiada halangan la....

huus!!!! awal2 buka sekolah ini mood agak slow skit la nak mengajar...tadi pun masuk kelas ambik syarat ajer....kat kelas pun ajar skit-skit ajer..nasib baiklah tadi ada kertas jawapan peperiksaan boleh bincang kejap pasal exam baru-baru ini so tidaklah sia-sia saja masuk kelas tanpa mengajar....harap-harap minggu depan mood dah ok semula...kena segera hidupkan mood ini kalau tidak saya yang nahas sendiri.....tanggungjawab mesti dipikul dengan sebaik mungkin....

Tuesday, April 27, 2010

Belajar menjadi Setiausaha

Setelah berada lebih kurang 3 tahun dibidang Pendidikan, pada tahun ini saya telah mencuba untuk menjadi setiausaha. sebenarnya kerja setiausaha ini saya kurang berminat tetapi disebabkan rasa ingin membantu PIBG sekolah maka saya rela belajar untuk menjadi setiausaha.

Sedih hati bila melihat sekolah tiada kerjasama antara guru-guru dan juga pihak PIBG sekolah. setelah 2 tahun sekolah ini mewujudkan PIBG tapi apa yang berlaku perjalanan PIBG agak kurang stabil. pendaftaran PIBG ke pihak atasan masih belum lagi dibuat. Dalam kata yang lain PIBG sekolah ini belum lagi berdaftar dengan kementeriaan. sekaligus menyebabkan banyak benda yang dirancang tidak dapat dilaksanakan terutama sekali yang melibatkan kewangan. saya tidak mahu menyalahkan setiausaha sebelum ini cuma biarlah kita belajar dari kesilapan lepas.

Semasa AGM berjalan, sewaktu pemilihan setiausaha tiada seorang pun yang mahu dilantik untuk menjadi Setiausaha. Jadi terpaksalah AGM tanpa ada SU baru dan sementara itu SU lama masih juga menjadi pencatat minit. Setelah 2 minggu berlalu jawatan SU masih lagi sepi dan sehinggala sampai satu masa YDP PIBG meminta saya untuk menjadi SU atas alasan untuk memudahkan pendaftaran. oklah......tapi bila sudah jadi SU ini barulah saya rasa berat sangat menjadi SU.

Apa-apa pun saya perlu juga memberi kerjasama yang baik untuk membantu PIBG sekolah ini. cukuplah 1 tahun ini saya menjadi SU tahun hadapan saya tekad tidak mahu lagi menjadi SU. walaupun begitu tugas mestilah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh walaupun saya dibebani banyak tugas.........tabahkan hati menghadapi semua ini.

Sunday, April 11, 2010

JOm Kita Berbakti

Syukur alhamdulillah di hujung minggu yang lepas, saya masih berkesempatan untuk mengikuti rombongan TM ke sebuah kampung berhampiran dengan Timbua.
perjalanan yang begitu mencabar selama 45 minit sangat menyeronokkan bagi saya. Rombongan TM ini adalah satu program khas yang dibuat untuk membantu penduduk pedalaman yang beragama Islam. alhamdulillah kami bertolak dalam pukul 9.00 pagi dan tiba di kampung tersebut 15 minit sebelum pukul 10.00 pagi.

sebenarnya ada 6 buah kereta Tm tetapi mempunyai tempat yang tersendiri. saya telah berpeluang untuk mengikuti en. Omar. apabila sampai di sana saya agar gembira kerana dapat melihat sendiri macam mana cara hidup orang yang berada di pedalaman sabah.

sumber air untuk ambik wuduk


kanak-kanak riang bermain di bawah surau


penduduk kampung yang hadir dalam majlis tersebut


surau kampung

sempat ke sungai..
tak sempat nak tulis panjang...insyaAllah di perjalanan yang lain nanti kita berkongsi cerita lagi...akhirul kalam....jauh perjalanan banyak pengetahuan dan pengalaman....ambil la pengajaran disetiap perjalanan yang kita lalui....

d

Friday, March 19, 2010

Nyaman dan segar di kampung Halaman...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana cuti sekolah kali ini saya tidak sibuk mcm cuti sekolah tahun lepas..dapat juga meluangkan masa dengan keluarga. Cuti seminggu ini banyak aktiviti yang boleh dibuat tapi sayang diri ini tidak dapat melakukannya...cuma bantu keluarga jadi supir, pi pgrm, marking paper pelajar dan rest di rumah aja.

Syukur sangat pada 14 Mac 2010 semuanya berjalan dengan lancar.....pakcik2 yang datang pun gembira sebab tak sampai 30 minit semunya dah selesai...saya pun bersyukur sangat semuanya tidak disangka-sangka....hanya PadaMu ya Rabb tempat ku mengucapkan Syukurku yang tidak terhingga..

semoga begitu juga la yang berlaku di opis...moga cepat dapat pemimpin yang boleh dijadikan tauladan dan boleh membimbing kami ke arah jalan kebenaran....

Sunday, February 28, 2010

Satu Hari Di Hari Minggu

Hari ini cuaca agak panas.....awal pagi lagi banyak benda yang kena buat bersihkan rumah, kemaskan bilik dan kena siram bunga. sbb ari ini kena balik ke pekan Ranau, esok mau kerja sudah...kecian baba tinggal seorang lagi di kampung....kami pun 2 minggu sekali baru dapat balik kampung..cuti sekolah bulan 3 dekat sudah so nanti seminggu la tinggal di kampung.

Masa cuti sekolah ini sudah ada plan..hehehe mau rest berabis di kampung. harap2 cuti sekolah nanti tiada pi mana2. tapi 14 03 2010 tu ada hal skit.....mau ndak mau kena jalan juga la time tu...harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan..Amin Ya Rabb.

Baru2 ini sukan MSSD Ranau, tapi sekolah tidak dapat apa2 pingat..tapi ndak apa yang penting penyertaan. mcm mana nak bersaing kalau setahun kami hanya dapat 30 pelajar baru dan daripada 30 tu mau cari atlet mana cukup berbanding sekolah yang setiap tahun menerima pelajar 200 - 300 orang pelajar. tapi ndak mengapa la...yang penting ada penyertaan.

Sukan Daerah sudah berlalu, minggu seterusnya pula Karnival Bahasa. InsyaAllah masa karnival Bahasa ini boleh la bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain...yang pastinya tahun ini public speaking kami akan hantar seorang pelajar yang boleh memberi singan kepada sekolah lain. Pantun try hantar la tahun ini, Bahas teruskan Usaha, Pidato ada 2 orang wakil untuk bersaing, Coral speaking pun try juga tahun ini...

Moga tahun ini adalah sedikit perubahan buat sekolah sy........amin

Saturday, February 13, 2010

without tajuk....

cuti tahun baru cina baru aja bermula.....
sy pula ambik kesempatan ke kk...sajer jalan2 sambil membeli barang yang telah lama saya idam2kan.....
time cuti ni wlpn cuti tapi kena datang sek juga ada gtg bersama ibubapa pelajar....mesti ada juga yang ndak datang tu..... kita tengok besok.....biasalah sebab cuti.......
apa2 pun yang penting saya dah beli apa yang saya mau....
ok buat kwn2 kaum cina sy ucapkan gong xi fa cai......
& happy holiday for everone.....

Sunday, January 24, 2010

Hari Merentas desa sekolah

Pada 21 jan 2010 merupakan hari merentas desa 1st time di sekolah saya. Setelah sekian lama tidak ada merentas desa kini satu permulaan yang baik untuk sekolah. moga teruskan aktiviti baik ini.

Alhamdulillah kepada Rabuljalil kerana pada hari merentas desa cuaca baik seolah-oleh memahami kami yang mahu merentas desa. untuk permulaan sekolah hanya membuat merentas desa di sekitar kampung Marakau Sahaja demi keselamatan pelajar. Ada 4 Check Point yang perlu pelajar lepasi untuk sampai ke penamat.


Terdapat 4 buah rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Kattab, saidina Ali Abi Talib dan Saidina Uthman Affan. Biru, Umar, Kuning dan Hijau. merentas desa bermula pukul 8.00 berakhir pada pukul 10.30 pagi....


Nampaknya kalau dikira mata kutipan Rumah Saidina Umar sedang mendahului kerana no. 1 dan 2 ketogeri banat di menangi oleh Saidina Umar manakala ketogeri banin rumah Saidina Umar hanya tempat ke-2.

Sunday, January 10, 2010

Janji Allah tu pasti


Minggu pertama tahun 2010 baru saja berlalu...esok minggu kedua pula menjelma...hari ini banyak cabaran yang perlu saya hadapi....alhamdulillah minggu ini saya dah kembali ke rumah sewa. Setelah 1 minggu berulang alik dari kampung ke sekolah kini boleh la ke sekolah dari rumah sewa pula. kalau dari rumah sewa ke sekolah cuma 15 minit kalau dulu dari kampung hampir 50 minit....

Cabaran hari ini apabila terpaksa meninggalkan my beloved father ke rumah sewa. Tinggal la ayah seorang kecian juga tapi apa boleh buat kena juga tinggal di rumah sewa untuk memudahkan kerja sekolah dibuat. Moga Allah melindungi ayahku sepanjang ketiadaan kami di kampung.

Cabaran kedua apabila kucing kencing dan berak dalam keta.....baunye.....pening kepala....

Cabaran ketiga apabila bering keta dah nak kena tukar....mula tu pi satu kedai tapi dah nak tutup..then bila beli bering skali tu tak ngam pula ngam bering keta saya....esok kena pi kedai tu balik nie....

cabaran ke4 apabila nak mesinkan padi......tadi angkat padi sekarung...skali karung tu ada kencing kucing la pula....busuknye.....sabar je la....

esok pula ada meeting penitia sej dan meeting hem.....Ya Allah tabahkan la hambaMu ini....

Friday, January 8, 2010

kembali ke Suasana Sekolah

Minggu pertama telah berlalu, sekolah semakin sibuk dengan kegiatan P&P dan juga aktiviti lain. Dalam minggu ini banyak meeting aje...meeting kurikulum, meeting kokum dan meeting Hem. Agak bz juga la sebab ketiga-tiga bahagian saya terlibat. Borang SMM belum siap sepenuhnya baru 30% dalam minggu depan insyaAllah saya akan siapkan. Hujung minggu ini buat separuh nanti minggu depan buat yang selebihnya..

Pada minggu ini juga banyak pelajar berpindah so kenalah buat data SMM pelajar. Minggu ini sahaja ada 7 orang yang akan berpindah dan 11 jan 2010 nanti ada meeting pemilihan pelajar semula. tingkatan 6 stam pun nak mendaftar...harap2 tahun ini sekolah akan lebih ceria dan lebih baik dari tahun sebelumnya.

InsyaAllah minggu depan dah tak berulang alik dr kampung ke sekolah. Rmh sewa dah siap di baiki...Alhamdulillah...

Sunday, January 3, 2010

Semanga Baru dan Tarbiyyah Awal Tahun

Alhamdulillah....kini kita telah berada di tahun 2010...mulakan tahun ini dengan semangat baru...mcm kata-kata sahabat saya reza- alsabah kena ada semangat baru....

Awal tahun ini kena tarbiyyah pula...rumah sewa banjir so terpaksalah balik kampung buat sementara waktu..maybe dalam 2 minggu kot..sudah la sejuk di kampung tu..kena bangun awal pulak....hu hu..

Dari kampung kena la jalan seawal 6.00 pagi dan sampai di sekolah kira-kira dalam pukul 6.50 pagi. kena hantar adik ke sekolah dia baru saya ke sekolah tu yang agak lewat sikit tu.so kena ulang alik la dari kampung selagi rumah tu belum kering sepenuhnya.Rumah sewa dekat saja dari sekolah sebenarnya tapi terpaksa la balik kampung sebeb tiada tempat nak tidur....maybe dalam seminggu dua ini kena la bersihkan rumah sewa lepas balik dari sekolah dan terus balik ke kampung.


( rumah di kampung, tp skrang sedang kawasan sedang diratakan)

sekolah pula sudah bermula...alhamdulillah pelajar ting 1 kali ini agak berkeyakinan dari tahun lepas. moga-moga ada petanda yang baik....

buat sahabat saya Ridzuan selamat bertugas ke smka tun said kota belud, ust azril selamat posting bertugas di sk Lohan Ranau dan ust Munsif selamat posting di SK maukab..moga kita sama-sama melakar sejarah baru dalam hidup kita.

SELAMAT TAHUN 2010


SELAMAT TAHUN BARU 2010
MOGA KITA TERUS MAJU KEHADAPAN


Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Align Center

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Moga tahun 2010 yang bakal menjelma akan memberi sesuatu yang lebih baik daripada Tahun 2009. Jadilaklah Tahun 2010 ini sebagai wadah untuk kita sama-sama berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Saban tahun, Masa akan berubah dan kita juga kenala berubah.
berubahlah ke arah kebaikan dan jangan ulangi kesilapan lalu.maybe malam ini ramai orang yang akan sanggup berjaga hingga detik 12 malam untuk bersama-sama menyambut tahun 2010. tapi jangan lupa disebalik detik 12 malam tu ada satu tanda-tanda kebesaran Allah iaitu Gerhana Bulan. Oleh itu jangan sampai lupa diri, sambut tahun baru tu biarlah dengan keadaan kita Syukur kepada Allah bukannya dalam keadaan kita Maksiat kepadaNya.

Buat semua sahabatku marilah kita bermuhasabah diri moga-moga amalan kita sepanjang 2009 mendapat keredhaanNya. kerana hanya Keredhaan Allah yang kita cari. sekian.