Thursday, July 22, 2010

BERTUKAR SEMULA KE BLOGSPOT

Blogspot dan Wordpress......mana yang senang bagi anda?
saya telah mencuba untuk membuat blog menggunakan domin wordpress tapi nampaknya saya belum dapat membiasakan diri dengan wordpress....percubaan saya selama 2 minggu berada di domin wordpress kurang menjadi pula. Jadi untuk tidak pening kepala so saya kembali semua ke blogspot..biarlah sedikit ilmu yang saya pelajari di wordpress saya simpan sahaja.....

Sekarang ini saya sedang membuat RPH untuk esok dan membuat kertas keja untuk lawatan smbil belajar pelajar tingkatan 5. Esok pula SPI ( Sektor Pendidikan Islam) mahu datang ke sekolah...jeng...jeng..jeng habis la tidak tau apa la pula yang bakal berlaku kali ini. tapi yang pastinga saya terlibat dengan Mukayyam Bahasa Arab so selamat la sekejap tapi saya yakin lepas balik nanti dari Mukayyam ni pasti banyak keja yang sudah menanti. Macam mana pun saya akan datang juga pada 23 julai 2010 (malam) untuk mendengar taklumat yang akan disampaikan oleh pegawai dai SPI nanti.

kertas keja lawatan ini cuma tinggal 10% sahaja belum siap....tinggal mau kasi betul skit dan buat surat pada yang berkenaan saja lagi...lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi dan ke Muzium Negeri sabah jer....mulanya rancang mau pi aqarium UMS tapi memandangkan masa kurang mengizinkan jadi cukup la 2 tempat dulu buat masa ini. nanti kalau ada masa dan peluang lawatan ke tempat lain lagi pula....

Tinggal sebulan lagi segala-galanya akan berubah..berubah status, berubah rumah, berubah cara hidup dan banyak lagi yang perlu dihadapai....moga2 saya dapat menghadapi semua ini dengan tabah dan sabar.....sudah saya bersedia???? ........................... satu perjalanan baru yang bakal saya hadapi...Di mana satu cabaran akan bermula dalam hidupku....saya harus kuat untuk menghadapi semua ini....tidak boleh cepat berputus asa....kena banyakkan doa dan bertawakal kepada Pencipta Alam ini yang Maha Berkuasa kepada semua makhluknya...

Saya pun dah tak tau apa lagi yang harus saya coretkan di sini...jari jemari ini semakin lemah..mata semakin kuyu......itu tandanya saya dah mengantuk so mau melelapkan mata sudah...oklah insyaAllah di masa lapang yang lain kita akan bersua semula di ruangan maya bicara tanpa suara ini.

DUHAI KALBU


Duhai kalbu..

Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..

Walau pada haqnya..amat lancar melontarkan kata-kata..

Dalam kepiluan menerima suratan..

Keredhaan yang utuh dibangunkan…tertarah juga dek linangan air mata…

Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…

Tapi apalah qudrat seorang hamba..ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…

Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..

Sok kuat tiada maknanya seketika..

Hakikat insaniah yang lemah…

Merungkai kebenaran…

Ya Allah yang maha kuasa..

Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..

Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah

Natijah disebalik kepayahan..

Rahmat disebalik ujian…

Dan nikmat disebalik musibah..

Kugagahi jua perjalanan ini..

Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..

Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..

Ketentuan dan ketetapan…

Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…

Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..

Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..

Keutamaan cinta yang kekal abadi…

Nuhassilu biha birridho…

..hanim yusra..

25/5/10

Wednesday, July 7, 2010

POKOK BUNGA CANTIK TAPI AWAS!!!!!


Salam, ni namanya p0k0k birah atau dieffenbachia sp. Ia bertoksik dan boleh memudarat jika kita terkena getahnya. Ramai orang yang tidak tahu tentang bahaya ini. Pokok ini amat bahaya terutama bg kanak2,toksin drp pkk ini mmpu utk mbuatkn knk2 mjadi lmbt utk btutur/bcakap.

Jika kita myentuh/tkena getah pkk ini, pastikn tgn dibasuh. Sila perhatikan pokok hiasan ini
betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15
minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.


Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya
memusnahkan pokok ini segera.


Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.


Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".


Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


sekian...
Wasallam

Monday, July 5, 2010

AKTIVITI DI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu kali ini saya berkesempatan untuk meluangkan masa bersiar-siar ke Bandaraya Kota -kinabalu dan ke Nalapak. Selepas habis sahaja sukan tahunan bersama SEMEKAR pada petang itu saya terus sahaja merehatkan diri di rumah. Pada ke esokan harinya iaitu pada hari ahad saya berkesempatan ke kota kinabalu. Pi seorang sahaja....saja-saja berjalan mencuci mata....

Apabila tiba di bandar KK saya ke Pasar Minggu di Jalan Gaya Street....banyak pemandangan yang boleh di kongsikan bersama...ini adalah gambar-gambar yang sempat saya snap dengan handphone saya..lupa bawa kemera bah...

antara kraftangan yang dijual

Baju pun ada..

pasu kecil



JUDI DAN KESANNYA KEPADA MASYARAKAT

Dari ustaz nasruddin tantawi:
http://wind.prohosting.com/tantawi/soaljawab/jawap1.html

Dari Ustaz Abu Umair - MA Madinah (Panel Al-Ahkam.net)

- Jika hadiah pertandingan dibiayai oleh pihak kerajaan atau pihak penganjur, maka hukumnya harus dan tiada unsur perjudian.

- Jika hadiahnya dibiayai oleh seorang atau beberapa individu yang tidak menyertai pertandingan, hukumnya juga adalah harus.

- Jika hadiah pertandingan diambil daripada yuran setiap peserta, maka dalam kes inilah berlaku khilaf antara ulama, kepada beberapa pendapat. Jumhur ulama mengatakan haram, kerana ia satu bentuk perjudian.

Sedangkan perjudian diharamkan secara nas dan ijmak. Kecuali dimasukkan dalam pertandingan itu seorang atau beberapa orang muhallil. Maksud muhallil ialah: mereka yang masuk pertandingan tanpa sebarang bayaran, tetapi apabila dia menang, dia layak menerima hadiah. Kemasukan peserta muhallil ini adalah untuk mengelak berlakunya judi.

Dalil haramnya pertandingan seperti ini dan menjadi harus dengan adanya muhallil ialah hadis Said Bin Musayyib daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa memasukkan seekor kuda (yg tidak mengeluarkan bayaran) antara dua kuda (yang mengeluarkan bayaran), sedangkan dia tidak selamat daripada dikalahkan olehnya, maka tidak mengapa".
Direkod oleh Ahmad (no: 10557), Abu Daud (no: 2581), Ibn Majah (no: 2876).

Pendapat kedua: mengatakan pertandingan seperti ini adalah harus kerana umum hadis yang membenarkan mengadakan perlumbaan, tanpa dijelaskan tentang perlunya ada muhallil.

Manakala hadis Abu Hurairah, ia dipertikaikan kesahihannya daripada Nabi SAW.
-Kata Abu Hatim: Ia adalah silap.....tidak wajar dikatakan ia daripada Nabi SAW. Paling-paling baik pun, ia adalah kata-kata Said bin Musayyib. (Ilal Ibn Abi Hatim 2/252).

Wallahu A'lam.

rujukan:
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 28/22.
- Al-Furusiyyah; Ibn Qayyim m/s 20.
- Al-Musabaqaat Wa Ahkamuha Fi al-Syariah m/s 76.

Saturday, June 26, 2010

BULAN REJAB!!!

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Wednesday, June 23, 2010

sedih...baru ambik keta dari kampung dah excdent lagi....:(

Petang tadi lepas balik dari fotostat slip gaji kawan2 sampai je kat umah saya tunggu kakak saya balik bawa keta saya dari kampung.

Masa tu saya ada dalam rumah dan bila dengar enjin kereta sy pun tengok la...entah macam mana kakak saya parking terus terlanggar kereta myvi...habis bumber depan rosak dan tercabut....sedih betul...dah lama saya tak guna kereta saya tu.....ingatkan nak guna hujung minggu ini ada program sekolah ke kawasan perkhemahan...tapi harapan berkecai....tak dapat la nak guna kereta tu...

Tadi hantar pi workshop.....tauke tu cakap around 1200 juga....pening!!!!! #@*$$4@@##
Esok gaji terus terbang duit.....nak kumpul untuk Walimah nanti pun tergendala...huuuu!!!
maybe ada kesalahan saya kot yang saya lakukan....Allah nak tegur saya.....
banyak sangat dosa ini....:-(

Pas ini kena koreksi diri semula ini.....Ya Allah berikanku kekuatan diri dan ketabahan....tadi bad mood.....arhhhh!!! sakit jiwa.....tapi skrang dah ok skit....harap2 esok mood ok la....

P/s setiap kejadian pasti ada hikmahnya.....maybe kerata saya merajuk kot dah lama saya tak gunakan dia.....Think +ve dan out of Box.....