Friday, January 8, 2010

kembali ke Suasana Sekolah

Minggu pertama telah berlalu, sekolah semakin sibuk dengan kegiatan P&P dan juga aktiviti lain. Dalam minggu ini banyak meeting aje...meeting kurikulum, meeting kokum dan meeting Hem. Agak bz juga la sebab ketiga-tiga bahagian saya terlibat. Borang SMM belum siap sepenuhnya baru 30% dalam minggu depan insyaAllah saya akan siapkan. Hujung minggu ini buat separuh nanti minggu depan buat yang selebihnya..

Pada minggu ini juga banyak pelajar berpindah so kenalah buat data SMM pelajar. Minggu ini sahaja ada 7 orang yang akan berpindah dan 11 jan 2010 nanti ada meeting pemilihan pelajar semula. tingkatan 6 stam pun nak mendaftar...harap2 tahun ini sekolah akan lebih ceria dan lebih baik dari tahun sebelumnya.

InsyaAllah minggu depan dah tak berulang alik dr kampung ke sekolah. Rmh sewa dah siap di baiki...Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment