Tuesday, April 27, 2010

Belajar menjadi Setiausaha

Setelah berada lebih kurang 3 tahun dibidang Pendidikan, pada tahun ini saya telah mencuba untuk menjadi setiausaha. sebenarnya kerja setiausaha ini saya kurang berminat tetapi disebabkan rasa ingin membantu PIBG sekolah maka saya rela belajar untuk menjadi setiausaha.

Sedih hati bila melihat sekolah tiada kerjasama antara guru-guru dan juga pihak PIBG sekolah. setelah 2 tahun sekolah ini mewujudkan PIBG tapi apa yang berlaku perjalanan PIBG agak kurang stabil. pendaftaran PIBG ke pihak atasan masih belum lagi dibuat. Dalam kata yang lain PIBG sekolah ini belum lagi berdaftar dengan kementeriaan. sekaligus menyebabkan banyak benda yang dirancang tidak dapat dilaksanakan terutama sekali yang melibatkan kewangan. saya tidak mahu menyalahkan setiausaha sebelum ini cuma biarlah kita belajar dari kesilapan lepas.

Semasa AGM berjalan, sewaktu pemilihan setiausaha tiada seorang pun yang mahu dilantik untuk menjadi Setiausaha. Jadi terpaksalah AGM tanpa ada SU baru dan sementara itu SU lama masih juga menjadi pencatat minit. Setelah 2 minggu berlalu jawatan SU masih lagi sepi dan sehinggala sampai satu masa YDP PIBG meminta saya untuk menjadi SU atas alasan untuk memudahkan pendaftaran. oklah......tapi bila sudah jadi SU ini barulah saya rasa berat sangat menjadi SU.

Apa-apa pun saya perlu juga memberi kerjasama yang baik untuk membantu PIBG sekolah ini. cukuplah 1 tahun ini saya menjadi SU tahun hadapan saya tekad tidak mahu lagi menjadi SU. walaupun begitu tugas mestilah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh walaupun saya dibebani banyak tugas.........tabahkan hati menghadapi semua ini.

Sunday, April 11, 2010

JOm Kita Berbakti

Syukur alhamdulillah di hujung minggu yang lepas, saya masih berkesempatan untuk mengikuti rombongan TM ke sebuah kampung berhampiran dengan Timbua.
perjalanan yang begitu mencabar selama 45 minit sangat menyeronokkan bagi saya. Rombongan TM ini adalah satu program khas yang dibuat untuk membantu penduduk pedalaman yang beragama Islam. alhamdulillah kami bertolak dalam pukul 9.00 pagi dan tiba di kampung tersebut 15 minit sebelum pukul 10.00 pagi.

sebenarnya ada 6 buah kereta Tm tetapi mempunyai tempat yang tersendiri. saya telah berpeluang untuk mengikuti en. Omar. apabila sampai di sana saya agar gembira kerana dapat melihat sendiri macam mana cara hidup orang yang berada di pedalaman sabah.

sumber air untuk ambik wuduk


kanak-kanak riang bermain di bawah surau


penduduk kampung yang hadir dalam majlis tersebut


surau kampung

sempat ke sungai..
tak sempat nak tulis panjang...insyaAllah di perjalanan yang lain nanti kita berkongsi cerita lagi...akhirul kalam....jauh perjalanan banyak pengetahuan dan pengalaman....ambil la pengajaran disetiap perjalanan yang kita lalui....

d

Thursday, April 8, 2010

ada apa pada nama...


JOm Kita RenuNg-RenUnGkan



Tidak ada muslim/muslimah yang celik cara berfikirnya yang tidak mahu berjaya dalam kehidupan, sama ada di dunia ini yang bersifat sementara apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. Ia juga adalah hasrat setiap insan walaupun tidak menjadi seorang muslim, kerana kejayaan adalah sesuatu yang manis dalam kehidupan manusia.

Namun kejayaan yang ingin dikecapinya itu perlulah mengikut prosuder dan pantang larang agama Islam, iaitu tidak menyalahi konsep matlamat tidak menghalalkan cara, berapa banyak cara yang dilakukan oleh muslim untuk meniti sesuatu kejayaan, tetapi ianya tidak memenuhi kriteria matlamat agama, maka ia tidak dikira sebagai kejayaan kerana mengenepikan nilai-nilai agama Islam yang murni.

Para ulama yang mewarisi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. banyak meninggalkan kaedah, pendekatan serta cara terbaik untuk seseorang muslim/muslimah meniti kejayaan sebenar menurut acuan agama, mereka dianggap sebagai pengamal ajaran-ajaran Islam dan mencontohkannya kepada umum dengan bentuk yang cukup sempurna, jauh dari sebarang penyelewengan, bidaah, tahayul dan khurafat, kerana ini semua menggagalkan konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

Seseorang muslim/muslimah menurut Imam Syahid hasan al-Banna akan sentiasa berada di tangga kejayaan, apabila memiliki faktor-faktor berikut :
* Menganut dengan akidah Islam yang tulen, jauh dari sebarang unsur syirik, kufur dan fasiq.
Iaitu akidah "Ahlus Sunnah Wal Jamaah" yang menitik-beratkan hujah yang dicedok daripada alQuran dan hadis-hadis Nabi Muhammad yang sohih, Ijmak dan Kias yang bukan sahaja menjadi rujukan dalam persoalan hukum syariat Islam, malah dalam perkara yang berkaitan dedngan akidah.
* Beribadat dengan konsepnya yang betul berdasarkan elemen ilmu, kerana sesuatu ibadat itu tidak akan diterima tanpanya.
Setiap muslim/muslimah perlu mengetahui matlamat Allah jadikan mereka bukan untuk berfoya-foya tanpa tujuan hidup, malah mereka dicipta hanyalah untuk tunduk beribadat kepada Allah SWT tanpa perlu adanya perantaraan manusia atau objek-objek lain yang boleh disifatkan sebagai syirik kepada Allah.
* Memiliki ketajaman daya berfikir.
Akal fikiran yang dianugerahkan Allah SWT merupakan satu anggota dalam tubuh manusia yang wajib dipelihara, iaitu dipelihara hingga tidak memikirkan pada perkara-perkara yang tidak menguntungkan Islam, kerananya juga manusia akan disumbatkan dalam api neraka jika sekiranya seseorang itu tidak menghidupkan fungsinya yang sebenar untuk berfikir pada memajukan Islam.
* Memiliki tubuh badan yang semaksima sihat untuk diwakafkan kepada Islam.
Islam amat mementingkan kesihatan tubuh badan yang maksimum daripada setiap muslim/muslimah, kesihatan tubuh badan bukan sahaja untuk menggunakannya pada membantu mereka yang mengharapkan bantuan kebajikan dan sebagainya, malah yang paling penting untuk melaksanakan tuntutan amal-amal ibadat yang difardukan oleh Allah SWT.

Ibadat tidak sahaja dalam bentuk melaksanakan solat, haji, puasa dan lain-lain, tetapi juga mengerahkan tenaga untuk menuju ke rumah Allah bagi menunaikan solat berjemaah, bergotong-royong mengurus ibadat korban, mengurus jenazah, membersihkan alam sekitar seperti kawasan-kawasan masjid dan surau dengan tubuh badan yang sihat, ia dikira sebagai mewakafkan tenaga dan tubuh badan pada jalan Islam.
* Memiliki akhlak Islam yang jitu.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud : Yang paling sempurna iman di kalangan orang-orang yang beriman adalah yang paling sempurna akhlaknya.
Akhlak merupakan elemen penting dalam diri setiap muslim/muslimah, tanpanya ia tidak bermakna menjadi seorang muslim yang telah berjanji kepada Allah untuk menjadikan segala agenda hidup dan mati kerana-Nya seperti yang diungkapkan dalam solat lima kali sehari semalam.
Akhlaklah yang membezakan antara sesorang muslim dan bukan Islam dalam meneraju kehidupan berdasarkan ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. yang dicontohkan menerusi Sirah baginda.
Akhlak yang jitu ialah memperlihatkan keluhuran budi pekerti terhadap Allah, Rasulullah, para alim ulama, kedua-dua ibu bapa, adik beradik, orang-orang yang lebih tua, jiran tetangga, sesama manusia, alam sekitar, terhadap haiwan, pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya akhlak tidak boleh dibuat-buat dengan sengaja tanpa rangsangan daripada diri sendiri yang lahir daripada sanubari yang diikat dengan ajaran agama Islam.
* Bijak menjaga/mengurus waktu dengan baik.
Pengurusan waktu yang baik akan menjadikan muslim berkualiti dengan nilai-nilai kehidupan yang positif, iaitu menggunakan masanya pada perkara-perkara dan di tempat-tempat yang baik yang disukai Islam seperti sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai destinasi persinggahan, selain daripada menunaikan solat fardu berjemaah, diikuti pula dengan penglibatan kelas-kelas fardu ain.
* Memanfaatkan segala apa yang dimiliki untuk kepentingan awam.
Islam sering dan sentiasa menganjurkan kepada penganutnya agar mencurahkan segala apa yang ada pada mereka untuk dikongsi sama dengan saudara-saudara seagama seperti ilmu, kepakaran bagi melahirkanb insan muslim yang boleh dicontohi oleh kaum lain.
* Berusaha untuk berdaya saing dalam segenap bidang dan lapangan.
Umat Islam tidak boleh berbangga dengan kejayaan yang dicapai pada tahap tertentu sahaja, malah memperkasa diri dengan meneroka bidang-bidang yang difikirkan perlu bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah seperti bidang astronomi, maritim dan lain-lain.
* Mampu untuk berusaha mencapai sesuatu matlamat.
Ia juga satu pendekatan yang memperlihatkan kemampuan umat Islam berusaha mencapai sesuatu matlamat semaksimum mungkin yang belum diterokai oleh mana-mana pihak, seperti matlamat mahu melahirkan usahawan mantap, maka usaha ke arah itu perlu dilakukan walaupun menghadapi cabaran yang sukar.
* Bersistematik dalam segenap urusan harian sebagai seorang muslim/muslimah sejati.
Umat Islam perlu membuktikan bahawa kehidupan mereka terancang dan teratur mengikut jadual, penuh dengan agenda, aktiviti, tugasan yang bersistematik hingga mampu mencairkan golongan bukan Islam yang menyanjung, menghormati sekali gus menjadikan mereka cenderung untuk meniru cara kita yang menampilkan pelaksanaan tugasan dan urusan dengan baik.

Sesungguhnya Islam mampu menawan dan memaut hati manusia-manusia sesuai dengan lafaz Islam yang memberi maksud menyelamat.selamat bermuhasabah