Tuesday, August 31, 2010

EPISOD TAZKIRAH FASA TERAKHIR RAMADHAN

Di dalam Kitab Tanbihul Ghafilin dalam Bab Sifat Api Neraka dan ahlinya, hadis ke 59, hadisnya cukup panjang...Rasululla h s.a.w telah bertanya kepada Jibril tentang jenis-jenis neraka...

lalu jawab Jibril:

Neraka 1 (paling bawah)-Hawiyah untuk kaum Munafik,

Neraka 2-Jahim untuk orang musyrik,

Neraka 3-Saqar utk golongan Shoibun,

Neraka 4-Lazho untuk Iblis dan pengikut di kalangan Majusi,

Neraka 5-Hutomah untuk Yahudi,

Neraka 6- Sai'r untuk Kristian,

adapun Neraka 7: Jibril berkata "Wahai Muhammad, jangan engkau tanya untuk
siapa" Jawab Baginda saw: "Terangkan kepadaku untuk siapakah neraka itu wahai
Jibril?"

Jawab Jibril: "ia untuk pelaku dosa besar yang tidak bertaubat di kalangan
umatmu wahai Muhammad.." lalu Baginda s.a.w pengsan...

INSAFILAH WAHAI DIRI ....MENANGISLAH DAN TITISKANLAH AIR MATA MU WALAU
SETITIK...MUDAH2AN IA AKAN DAPAT MEMADAM KEMURKAAN ALLAH TA’ALA KE ATAS KITA DAN

MEMADAMKAN NYALAAN API NERAKA YANG MEMBAKAR...NAU' ZUBIKA WA BIRAHMATIKA MIN
AZABIKA YA RABB....

YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMAAF ..ENGKAU SUKA MEMAAFKAN MAKA
MAAFKANLAH KAMI...

Tuesday, August 24, 2010

Minuman beralkohol: Kanak-kanak minum bir


KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung kebanjiran minuman ringan beralkohol dalam pasaran dengan bertopengkan minuman ringan.

Manakala undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa minuman beralkohol dilarang kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, minuman ini dijual kepada kanak-kanak sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, isu minuman beralkohol yang dijual sebagai minuman ringan bukanlah perkara baru.

Pada 1997, katanya CAP mendedahkan minuman ringan bernama Alcopops dijual sebagai minuman ringan sedangkan ia mengandungi sehingga 5% alkohol, masalah yang sama kemudiannya didedahkan lagi pada 2003.

Katanya, kajian CAP menunjukkan pada masa ini lebih daripada 15 jenis minuman ringan beralkohol berada di pasaran.

Minuman ringan beralkohol ini yang boleh didapati di dalam botol 275 ml dijual dengan harga RM4 hingga RM10.

Botol berisi jus berwarna yang menarik dengan nama tropical fruit, ice lemon tea, jus oren, lemon original tanke, lemon and lime flavour, orange-lemon flavour dan sebagainya.

Katanya, pengeluar menggunakan warna yang amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama sekali kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudiannya akan ketagih.

Contohnya, kata beliau minuman ringan ini juga dikeluarkan dengan warna merah jambu yang akan menarik kanak-kanak perempuan untuk mencubanya.

“Malah dengan sedikit kesan alkohol dalam minuman ringan menjadikan ia minuman beralkohol, apatah lagi kandungan alkoholnya 4% hingga 6.3% dalam minuman ringan ini,” katanya.

Menurutnya, bir yang diminum dengan meluas mengandungi 5% alkohol yang bermakna kandungan alkohol dalam minuman ringan ini jauh melebihi kandungan alkohol dalam bir.

Katanya, kebimbangan mula dirasai oleh guru-guru di Pulau Pinang selepas mendapati pelajar-pelajar mereka mengambil minuman ringan ini hampir setiap hari walaupun harganya tinggi.

“Menyedari akan minuman ini boleh menjadikan mereka ketagih kepadanya, guru ini telah meneliti label pada botol dan amat terkejut apabila mendapati minuman itu mengandungi alkohol.

“Menyedari betapa seriusnya masalah ini, beliau kemudiannya membawa perkara ini ke perhatian pihak CAP,” katanya.

Jelasnya, apabila CAP menemubual beberapa orang pelajar yang mengambil minuman itu, mereka tidak menyedari bahawa minuman itu mengandungi alkohol.

Tambahnya, sesetengah daripada mereka menyuarakan rasa terkejut apabila mengetahui bahawa mereka selama ini sebenarnya mengambil minuman beralkohol.

Menurutnya, label yang jelas dengan maklumat kandungan alkohol tidak memberikan apa-apa makna memandangkan ia dicetak dalam huruf yang kecil dan ditenggelami oleh label berwarna dan menarik.

CAP, ujarnya percaya minuman ringan beralkohol boleh membawa kepada kegiatan samseng (gangsterisme) dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 2005, 32 pelajar terlibat dalam gangsterisme.

Bilangan ini telah meningkat kepada 60 orang pada tahun lalu. Pada 2008 sahaja 81 pelajar dikesan hubungan mereka dengan aktiviti gangster.

“Jelas minuman ringan ini menjadi langkah awal untuk ketagihan alkohol,” ujarnya.

CAP, ujarnya merasakan bahawa hak pengguna telah dicabuli dengan mendedahkan minuman beralkohol ke atas mereka tanpa pengetahuan mereka.

“Keadaan ini amat tidak sihat kepada generasi muda. Minuman beralkohol boleh merosakkan sel otak dan menjejaskan deria mereka, ini memberikan kesan negatif terhadap prestasi akademik mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihak pengeluar menggunakan taktik itu untuk meningkatkan jualan mereka dan memang mereka menyedari bahawa alkohol dalam minuman itu cenderung untuk menjadi ketagih untuk mengambil minuman ringan mereka.

Akhirnya, kata beliau ia akan membawa mereka kepada ketagihan kepada minuman alkohol lain yang lebih tinggi kandungan alkoholnya.

“Jelas sekali ini merupakan cara berbahaya memerangkap masyarakat ke dalam rantaian penagihan alkohol yang akan memastikan keuntungan yang berterusan untuk syarikat alkohol,” katanya.

Memandangkan bahaya minuman beralkohol yang bertopengkan di bawah nama minuman ringan, CAP menyarankan pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan di mana minuman itu tidak seharusnya dijual sebagai minuman ringan, sebarang minuman yang dicampur alkohol perlu dilabelkan sebagai minuman beralkohol dan dijual menerusi kaunter minuman keras sahaja,

Selain itu, katanya tindakan perlu diambil terhadap pengeluar minuman ringan yang melabelkan dan menjual minuman yang dicampur dengan alkohol sebagai minuman ringan.

Memandangkan minuman ringan adalah untuk semua pengguna, menambah alkohol ke dalamnya seharusnya tidak dibenarkan dalam pengeluaran minuman ringan.

Pengalaman sehari bertarawih di sebuah kampung

Selepas siap berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib saya bersedia untuk ke masjid….masa dalam perjalanan ke masjid saya telah melalui sebuah kampung…terdetik dihati untuk try solat tarawih di kampung tersebut….

Sampai di surau itu saya pun parking la kereta…bila naik ke masjid saya lihat hanya seorang lelaki remaja di surau itu. Saya bertanya kepada remaja itu… “ramai ka orang datang solat tarawaih di surau?” remaja itu hanya menjawab semalam saya bersolat di kampung sebelah….jadi saya terus dia ajer la…..5 minit berlalu belum juga kelihatan orang kampung datang ke surau itu….

Selepas azan berkumandang barulah ada beberapa orang budak dan 4 orang dewasa datang…..kalau di ikutkan bilangan rumah di kampung itu ada 30 buah rumah dan semua penduduk di kampung itu beragama Islam. Saya positifkan sahaja fikiran mungkin lepas ni baru ramai orang datang…..

Semasa solat isyak..kebetulan saya berada di sof tepi, semasa rakaat ketiga tiba-tiba datang seorang makmum seorang lelaki tua…..lalu dia mengangkat takbir solat bersama-sama….semasa tahiyyat akhir tiba-tiba dia berdiri meneruskan rakaatnya sedangkan tadi dia takbir bersama-sama imam. Saya hanya mampu berdiam diri dan tidak boleh bercakap sebab saya pun sedang solat…..saya hanya mampu beristghfar ……inilah jadinya jika kita solat hanya kadang-kadang atau bermusim…..kesian pakcik tu…..

Nak tegur tapi takut dia terasa ......kena cari jalan berhikmah agar orang tidak terasa……Moga-moga pakcik itu akan mendapat petunjuk dan mendapat keampunan dari Allah…

Friday, August 20, 2010

SIJIL HALAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Berikut adalah senarai syarikat atau pengusaha makanan yang telah mendapat pengiktirafan sijil halal...so boleh la cek mana2 yang berkenaan....
1. AF MANUFACTURING SERVICES SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

2. AJ CREATIVE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

3. AL WAHIDA MARKETING
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

4. AMOY CANNING (BEVERAGES) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

5. AMWAY MALAYSIA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

6. BAE INTERNATIONAL INC. SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

7. BANANA CAFE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

8. BARRY CALLEBAUT MALAYSIA SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

9. BIO GALLERY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

10. BP WATER SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

11. BVRAGE CREATION SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

12. CAMBRIAN (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

13. CCM PHARMACEUTICALS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

14. D'ISLAND CAFE
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

15. DAGAN CAFE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

16. DARABIF MEAT COMPANY SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

17. DARULAMAN HOMEOPATHIC LABORATORIES (M) SDN.BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

18. DELUXE RICH SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

19. DOLPHIN HEALTHCARE SDN. BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

20. EARTH-NATURE BIOTECH SDN.BHD.
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

21. EL HAJJ PRODUCTS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

22. EXPERT CHEMICAL SUPPLY AND SERVICE (M) SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

23. F.A. HERBS SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

24. FANDA HYGIENE SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

25. FIMA INSTANCO SDN BHD
Tarikh Sah Sijil [01/07/2010 - 30/06/2012]

semuanya ada 263 syarikat yang tersenarai..jika anda mau tengok dengan lanjut sila ke laman http://www.halal.gov.my untuk melihat dengan lebih banyak....sekian untuk makluman bersama....moga2 ada la manfaatnya...InsyaAllah

Wednesday, August 18, 2010

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR

wahai dikau...renungkanlah engkau akan nasib diri

wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati

wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergitatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu siangnya engkau sibuk berdzikir dan beramal

menjaga puasamu agar bernilai

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu... berdo'a kepada Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu sholatmu kau kerjakan di awal waktusolat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba dirimenghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"inna shalaatii wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lilslahi rabbil'aalamiin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelianalam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalusetiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluangalunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kausyairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih...bertilawah...bertahajjud...mengadu...merintih...meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk kesyurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"oleh karena itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MUini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayangmari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idamanyang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu engkau bakal menyediakan batin dan zhahirmempersiap diri...rohani dan jasmanimenanti-nanti jemputan Malaikat Mautdi kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kamijadikanlah ia Ramadhan paling berarti...palingberseri...menerangi kegelapan hati-hati kamimenyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahisemoga bakal mewarnai kehidupan kami di sanananti

namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahuiapakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itu...

hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir,MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN....




Monday, August 16, 2010

Percubaan SPM 1 2010 (Excel)


Bermula pada 13 ogos yang lepas percubaan SPM Excel 1 telah diadakan....hingga ke hari ini sudah 4 paper yang pelajar ambil....insyaAllah akan habis pada minggu depan...pada minggu ini juga peperiksaan percubaan Sijil Menengah Agama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sedang berlangsung....

semoga semua muridku dapat memberikan jawapan yang terbaik.....selamat berjuang dan selamat berpuasa....


sedikit gambar kenangan yang sempat di ambil semasa menjaga kelas exam....

BANYAK TANYA

Salam...
Bertemu semula...sementara menanti waktu berbuka puasa adalah lebih baik kita sama-sama buat kerja yang berfaedah...

satu artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama....mengenai BANYAK BERTANYA....


ceritanya macam ini...Seorang lelaki dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau "saja-saja". Namun tanpa disedari sikapnya itu menimbulkan banyak masalah dalam kalangan penduduk setempat. Dan lebih berbahaya lagi apabila soalan-soalan yang menyentuh soal keimanan.

Satu hari dia bertanya kepada kawan-kawannya, " kau rasa betul ka neraka itu tempat seksa yang paling dasyat?". " memang dasyat. Sangat Panas. Api neraka berganda-ganda lebih panas daripada api di dunia. kenapa kau tanya begitu ?" "syaitan dibuat daripada apa?" bertanya lagi.
"Eh, tentulah daripada api!" "Neraka pula?" " Neraka pun daripada api!"..Itulah persoalannya. Syaitan akan dimasukkan ke neraka. Dia daripada api, neraka jyba daripada api.....kalau demikian apalah sakitnya, apalah seksanya," simpul lelaki itu sambil mencemik.

kawan-kawan mula berfikir. betul juga, terlintas begitu dalam hati mereka...Apa kata kita jumpa Tok Imam untuk mendapat penjelasan", cadang seorang daripada mereka. "aku rasa tok Imam pun tak akan dapat menjawabnya", kata pemuda itu. Mereka berjumpa dengan tok imam dan mengajukan soalan itu. sejurus kemudian Tok Imam terus mengambil ketul-ketul tanah dan membaling pemuda itu. Tok Imam terus membaling sehingga muka dan badan pemuda itu bengkak-bengkak.tidak tahan dia pun lari.. "jangan lari jangan lari ". "inikah sikap tok Imam? saya ajukan soalan sebaliknya dibaling dengan ketulan tanah!". "itulah jawapan saya. saya membaling kamu dengan tanah, sepatutnya tidak sakit.Kamu dicipta daripada tanah dan saya baling kamu dengan tanah, apalah sakitnya...."oh sakit tuan. Habis badan saya bengkak-bengkak..." itulah yang akan berlaku dan dialami oleh syaitan di dalam api neraka kelak...." "ya..ya..saya faham..jangan baling lagi."


PENGAJARAN : Sekali sekala orang yang degil perlu diajar dengan cara yang tegas. kekadang jawapan dalam bentuk tindakan....walaupun ada masanya sangat pahit tetapi itu lebih berkesan...