Tuesday, April 27, 2010

Belajar menjadi Setiausaha

Setelah berada lebih kurang 3 tahun dibidang Pendidikan, pada tahun ini saya telah mencuba untuk menjadi setiausaha. sebenarnya kerja setiausaha ini saya kurang berminat tetapi disebabkan rasa ingin membantu PIBG sekolah maka saya rela belajar untuk menjadi setiausaha.

Sedih hati bila melihat sekolah tiada kerjasama antara guru-guru dan juga pihak PIBG sekolah. setelah 2 tahun sekolah ini mewujudkan PIBG tapi apa yang berlaku perjalanan PIBG agak kurang stabil. pendaftaran PIBG ke pihak atasan masih belum lagi dibuat. Dalam kata yang lain PIBG sekolah ini belum lagi berdaftar dengan kementeriaan. sekaligus menyebabkan banyak benda yang dirancang tidak dapat dilaksanakan terutama sekali yang melibatkan kewangan. saya tidak mahu menyalahkan setiausaha sebelum ini cuma biarlah kita belajar dari kesilapan lepas.

Semasa AGM berjalan, sewaktu pemilihan setiausaha tiada seorang pun yang mahu dilantik untuk menjadi Setiausaha. Jadi terpaksalah AGM tanpa ada SU baru dan sementara itu SU lama masih juga menjadi pencatat minit. Setelah 2 minggu berlalu jawatan SU masih lagi sepi dan sehinggala sampai satu masa YDP PIBG meminta saya untuk menjadi SU atas alasan untuk memudahkan pendaftaran. oklah......tapi bila sudah jadi SU ini barulah saya rasa berat sangat menjadi SU.

Apa-apa pun saya perlu juga memberi kerjasama yang baik untuk membantu PIBG sekolah ini. cukuplah 1 tahun ini saya menjadi SU tahun hadapan saya tekad tidak mahu lagi menjadi SU. walaupun begitu tugas mestilah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh walaupun saya dibebani banyak tugas.........tabahkan hati menghadapi semua ini.

No comments:

Post a Comment