Tuesday, August 24, 2010

Pengalaman sehari bertarawih di sebuah kampung

Selepas siap berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib saya bersedia untuk ke masjid….masa dalam perjalanan ke masjid saya telah melalui sebuah kampung…terdetik dihati untuk try solat tarawih di kampung tersebut….

Sampai di surau itu saya pun parking la kereta…bila naik ke masjid saya lihat hanya seorang lelaki remaja di surau itu. Saya bertanya kepada remaja itu… “ramai ka orang datang solat tarawaih di surau?” remaja itu hanya menjawab semalam saya bersolat di kampung sebelah….jadi saya terus dia ajer la…..5 minit berlalu belum juga kelihatan orang kampung datang ke surau itu….

Selepas azan berkumandang barulah ada beberapa orang budak dan 4 orang dewasa datang…..kalau di ikutkan bilangan rumah di kampung itu ada 30 buah rumah dan semua penduduk di kampung itu beragama Islam. Saya positifkan sahaja fikiran mungkin lepas ni baru ramai orang datang…..

Semasa solat isyak..kebetulan saya berada di sof tepi, semasa rakaat ketiga tiba-tiba datang seorang makmum seorang lelaki tua…..lalu dia mengangkat takbir solat bersama-sama….semasa tahiyyat akhir tiba-tiba dia berdiri meneruskan rakaatnya sedangkan tadi dia takbir bersama-sama imam. Saya hanya mampu berdiam diri dan tidak boleh bercakap sebab saya pun sedang solat…..saya hanya mampu beristghfar ……inilah jadinya jika kita solat hanya kadang-kadang atau bermusim…..kesian pakcik tu…..

Nak tegur tapi takut dia terasa ......kena cari jalan berhikmah agar orang tidak terasa……Moga-moga pakcik itu akan mendapat petunjuk dan mendapat keampunan dari Allah…

No comments:

Post a Comment