Saturday, August 7, 2010

TAPISAN HIV VS TAPISAN AKHIRAT

Ramai orang yakin boleh terlepas daripada tapisan HIV tetapi berapa ramaikan orang boleh yakin dengan tapisan Akhirat???

Persoalan ini tiba-tiba muncul dalam ruang pemikiran saya semasa sesi kaunseling di sebuah Klinik Ibu dan anak..Saya telah diberikan satu penerangan mengenai HIV dan AIDS. Saya agak gemuruh juga takut-takut kita yang sihat dan tidak terlibat aktiviti yang kurang sihat tetiba dapat HIV. Nauzubilah min zalik....

Semasa darah saya diambil saya berdoa agar saya terhindar dari Virus HIV...alhamdulillah 5 minit selepas itu nama saya di panggil dan mendapat keputusan ( NON-REAKTIF) alhamdulillah....lantas terfikir di ruangan minda bagaimanakah jika saringan Allah kelak???? Di dunia ini memanglah kita boleh mengelak dan kadang kala kita boleh menipu orang untuk terlepas dari sesuatu tindakan tetapi di Akhirat kelak boleh ka kita mengelak sama seperti di dunia??? sudah pastinya mempunyai perbezaan yang amat nyata....

Sebagai seorang insan biasa yang tidak punyai apa-apa kelebihan sudah pastinya kita berhadapan dengan seribu satu macam pengaruh dan cabaran yang hebat. Kalau bukan godaan Syaitan ianya datang dari diri sendiri iaitu nafsu....jadi kita kena banyak muhajadah diri agar kita boleh terus berada di atas landasan yang sebenar. persiapkan la diri dengan amal kebaikan dan jauhkan la diri dengan maksiat dan perkara sia-sia...

Ingatlah wahai diriku.....masa memang panjang tetapi mampukah anda memilikinya??? esok yang pasti datang jangan kau fikirkan kau akan dapat bertemunya jika bukan kerana takdir Allah...kerana hari esok belum tentu lagi akan milik kita....fikirkanlah wahai diri yang bernama insan dan hamba kepada Pemilik Alam semesta jangan fikir kau bisa meloloskan diri dengan saringan Akhirat........

Jika hari ini kau boleh terlepas dari saringan HIV tetapi ingat belum tentu di akhirat kelak kau boleh terlepas dengan tapisan Allah..kerana di sana adalah tempat saringan yang Maha Hebat dari sekecil-kecil zarah hingga la sebesar-besar zarah akan dinilai.....

Mohonlah wahai diri kepada Allah yang Maha Esa agar diberi keampunan dan kemaafan di atas keterlanjuran dirimu dari perkara maksiat sama ada sedar atau pun tidak sedar....Ya Allah Yang Maha Pengampun dan Maha penerima taubat....Ampunkanlah dosa hamba-hambaMU yang berdosa dan berikanlah mereka peluang untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini agar mereka mendapat keampunanMu....Amin Ya Rabb....

ingatlah semua jika hari ini kita terlepas dari saringan HIV ...jangan kita lupa bahawa kita masih ada saringan yang pasti kita lalui untuk memastikan kita berada di mana kelak di akhirat sana...wallahuallam....

No comments:

Post a Comment