Friday, August 6, 2010

Bicara minda bersama Ust Akmal Othman



setelah 2 minggu dirancang akhirnya bertemu juga dengan ust akmal di sekolah. 5 minit sebelum azan maghrib berkumandang di udara kelihatan kereta persona berwarna putih telah berpaking di tepi pagar sekolah. setelah bersalaman dengan ustaz saya tunjukkan surau dan tempat mengambil wuduk.

sebenarnya saya mula mengenali ustz Akmal pada tahun 1996 iaitu 15 tahun yang lalu semasa saya mengikuti Program Nadwah pelajar Islam di Pusat Latihan dakwah Kundasang. kini beliau telah menjadi Imam di Masjid Negeri. tak sangka pula ustz masih lagi mengenai wajah saya ini Justify Fullwalaupun sudah 15 tahun berlalu....

setelah solat maghrib secara berjemaah maka ust akmal telah memulakan bicara mindanya....semua berkisar mengenai Ramdahan yang bakal tiba dan sedikit santapan rohani yang lain. Dalam tazkirah yang diberikan terselit cerita yang sangat menarik iaitu mengenai seorang ulama yang curi-curi masuk ke dalam gereja.

kisahnya lebih kurang macam ini la....mengenai "Mifta aljannah " ada seorang ulama yang bernama abu yazid....telah masuk ke dalam sebuah gereja semasa upacara sembanyang bermula. setelah membuat penyemaran maka ulama tersebut telah masuk ke dalam gereja dengan selamatnya. tetapi sebenarnya beberapa orang Paderi tahu ada orang asing di dalam gereja tersebut lalu seorang paderi tersebut mengumumkan bahawa sesiapa yang tidak di kehendaki dalam gereja ini sila keluar. Namun tiada seorang pun yang mengaku....setelah beberapa kali paderi itu bertanya maka barulah Ulama itu mengaku dan paderi itu bertanya kenapa ulama itu masuk ke dalam gereja.

sebelum ulama itu keluar dari geraja ketua paderi itu bertanya kepadanya....Paderi : disebabkan kamu sudah terlanjur masuk di gereja ini jadi sebelum keluar kamu mestilah menjawab beberapa soalan. Ulama tersebut bersetuju...antara soalannya ialah apa dia tiada dua hanyalah satu. maka ulama itu menjawab Allah. lalu Paderi itu menyoal lagi..apa dia tiada tiaga hanyalah dua...dan seterusnya sehinggalah 50 soalan dan kesemua soalan itu boleh dijawab oleh ulama tersebut dengan mudah...

lalu sebelum ualam itu keluar dia telah membuat permintaan. Disebabkan paderi itu telah menyoal ulama itu dengan 50 soalan maka ulama itu meminta izin untuk menyoal satu soalan sahaja. lalu paderi itu membenarkan ulama itu menyoal mereka. soalan yang cukup mudah iaitu " Apakah Kunci Syurga ( Mifta aljannah)? lalu paderi itu berkata dia tidak akan menjawab....org ramai di dalam gereja mula mempersoalkan tindakan paderi tersebut kerana tidak mahu menjawab soalan tadi...maka setelah didesak oleh orang ramai barulah paderi itu menjawab persoalan Ulama itu tadi. Sebelum itu paderi itu memohon agar semua yang ada di dalam geraja tidak marah kepadanya jika dia menjawab soalan tadi..

Dengan yakin paderi memberi jawapan : Jawapan bagi apakah Kunci Syurga ialah kalimah Syahadah.
Setelah paderi itu mengucapkan kalimah suci kalimah Syahadah maka semua orang yang berada di dalam gereja telah memeluk Agama Islam..alhamdulillah.....begitulah jika kita berilmu maka mudah la kita mengajak orang membuat kebaikan....

sesi tazkirah pendek berakhir dan azan Isyak berkumandang......kita berjumpa lagi di lain masa pesan ustaz akmal......


No comments:

Post a Comment