Friday, July 23, 2010

BERHATI-HATI DENGAN NOMBOR KAD BANK ANDA






Pagi tadi semasa saya tiba di bilik guru, seorang guru perempuan telah memberitahu saya mengenai satu kejadian ngeri mengenai nombor kad bank dan nombor kad kredit. Dia menceritakan kawan kepada kakak dia tu telah kehilangan duit akibat kecuaian memberikan nombor kad bank beliau kepada pemanggil yang menyamar dari bank negara.

cerita dia lebih kurang macam ini la...seorang cikgu ada membuat kad kredit dengan bank rakyat. dua hari lepas dia telah di telefon dari seseorang yang mengaku dari bank negara...tanpa berfikir panjang dia telah memberikan nombor kad bank dia( tanpa kata laluan). Orang yang menelefon tu cakap dia dari bank negara dan bagi tau kepada cikgu tu bahawa had pengunaan kad kredit guru itu sudah melebihi had jadi bank negara mahukan agar cikgu itu membuat pembayaran. Orang tersebut telah meminta cikgu itu membacakan nombor kad bank dia, tanpa berfikir panjang cikgu itu telah memberikan nombor kad banknya.

selang beberapa minit cikgu itu mila terfikir buat apa bank negara mahu nombor kad banknya..lalu dia dengan penuh keraguan telah ke mesin ATM untuk melihat wangnya...Alangkah terkejutnya cikgu tersebut kerana hampir separuh duit dari akaun banknya telah tiada. cikgu tu pun menyesal kerana memberi nombor kad bank tanpa berfikir panjang. dia telah menghubungi bank dan apabila siasatan dibuat tiada sebarang transaksi pengeluaran wang tetapi persoalannya macam mana duit itu boleh hilang or lesap??? dia telah membuat laporan polis dan kerja2 penyesatan sedang dibuat..


kesian cikgu tersebut, sampai mahu menjual kereta kerana telah kehilangan duit yang begitu banyak. Oleh itu wahai sekalian pengunjung blog ini saya nasihatkan agar JANGAN SEKALI KALI MEMBERI NOMBOR KAD BANK ANDA ATAUPUN NOMBOR KAD KREDIT ANDA PADA ORANG YANG TIDAK ANDA KENALI HATTA ORANG YANG MENGAKU DARI BANK NEGARA PUN JANGAN BAGI KECUALI ANDA SENDIRI KE BANK NEGARA ATAU BERURUSAN DI BANK.


Sendiket terbaru ini sangat menakutkan......berwaspadala sentiasa....moga kita sentiasa beringat...apa orang kata " BERINGAT SEBELUM KENA" .....Saya doakan moga cikgu itu akan dapat pembelaan yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment