Saturday, July 31, 2010

Lawatan sambil belajar bersama pelajar

Alhamdulillah...itu la kata-kata syukur yang dapat ku ucapkan sebab akhirnya tertunai juga hajat di hati unutk membawa anak didikku membuat lawatan sebelum mereka menghadapi SPM. Bermula dengan kata-kata selingan semasa proses P&P di dalam kelas akhirnya menjadi kenyataan.

Pada mulanya memang rancang mau bawa pelajar-pelajar dari kelab Sejarah dan Geografi tapi bila sambutan yang dingin dan kurang respon dari ahli kelab maka saya membetalkan niat untuk membuat lawatan sambil belajar ini....tetapi entah macam mana bila masuk kelas Thanawi 5 pelajar-pelajar sangat mengharapkan agar mereka dibawa untuk lawatan. So kami pun membuat perancangan dan alhamdulillah ianya berjalan dengan jayanya....

Pintu masuk ke Lok Kawi WildLife

Pada mulanya perancangan awal mahu jalan ialah pukul 7 pagi tapi disebabkan masalah teknikal maka bas hanya bertolak kurang 5 minit pukul lapan....perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dan 30 minit...kami pergi dengan 2 buah bas...satu bas pelajar perempuan dan satu bas pelajar lelaki.

Bagi mereka yang pertama kali ke Zoo Lok Kawi ini memang akan teruja dengan SHOw yang dibuat oleh pegawai2 bersama binatang-binatang mereka. sungguh menghiburkan.....ada Orang Utan, Burung kakak tua, ular, Burung Engang dan beberapa ekor lagi binatang yang membuat ShoW....di akhir pertujukan sangat best sebab banyak binatang keluar untuk membuat pertunjukan.

selepas Show habis, saya memberi peluang kepada pelajar untuk bersiar-siar melihat haiwan yang ada di Taman Hidupan Liar ini...ada 26 Kandang yang menempatkan pelbagai spises haiwan....ada gajah, Badak air, Rusa, beruang, harimau, kuda zebra, pelbagai jenis burung, pelbagai jenis monyet dan banyak lagi...penat juga berjalan....naik bukit turun bukit....penat juga la....tapi puas sebab dapat melihat binatang2 yang jink-jinak belaka.....

Tepat pukul 1.00 petang pelajar telah berkumpul semula di tempat yang telah ditentukan dan sesi lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi berakhir di sini.....pelajar2 sangat seronok dapat melihat binatang yang selama ini hanya mereka tengok di TV aja....kini boleh tengok live lagi...

dipendekkan cerita selepas ke Zoo kami terus ke KFC Tanjung Aru..makan thari..pas tu pi masjid Negeri untuk Solat Zohor jamak dgn asar....pas tu pi muzium negeri sabah....ada tulang ikan paus...besarnya!!!!! panjang lagi...kalau pelajar 30 berbaris pun boleh muat dalam perut ikan paus tu.....
Muzium Sabah
setelah semua puas berjalan2 so kami pun balik la semula ke Ranau dengan senang hati....sepanjang perjalanan balik pelajar asyik menyanyi ajer....tambah2 lagi pelajar perempuan...seronok mungkin sebab lama tidak ada aktiviti lawatan sebelum ini.....moga lepas ini adalah motivasi untuk belajar semula...SPM dah makin hampir.....k good luck all my student....

No comments:

Post a Comment